awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan

Bernama
Bernama
30/10/2024
11:20 MYT
Peniaga wanita rugi hampir RM500,000 diperdaya sindiket penipuan
Mangsa diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
KUANTAN: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian hampir RM500,000 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan pegawai polis.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 51 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.
Beliau berkata pada April lepas, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai sebuah kementerian dan mendakwa mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram.
Mangsa kemudian dirujuk kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan memintanya untuk membuat pemindahan wang bagi mengelakkan dia ditangkap serta membersihkan rekodnya daripada kes jenayah.
"Dalam tempoh 1 Mei hingga 27 Sept, mangsa telah membuat pemindahan wang ke lima akaun berbeza sehingga mengalami kerugian sebanyak RM492,290.
"Mangsa menyedari ditipu apabila suspek tidak mengembalikan semula wangnya dan sumber kewangan adalah duit simpanan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pinjaman daripada rakan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Yahaya meminta orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang mencurigakan di pautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa rugi
#sindiket penipuan
#penyamaran
#polis
#pengubahan wang haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan