SHAH ALAM: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dimaklumkan bahawa kadar kes harian demam denggi di negeri itu menunjukkan peningkatan yang membimbangkan sejak berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sektor sosial kini dibuka seperti sedia kala.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata trend tersebut dilihat bermula sejak minggu epidemiologi (ME) 46 pada tahun ini dengan sejumlah 31,822 kes demam denggi dilaporkan sehingga ME 46 yang berakhir pada 19 November.
"Ia adalah peningkatan sebanyak 131.5 peratus atau 18,077 kes berbanding minggu yang sama pada tahun lepas (2021), dengan sebanyak 13,745 kes," katanya menjawab soalan bertulis Harumaini Omar (BN-Batang Kali) berkenaan wabak demam denggi di negeri tersebut.
Dalam pada itu katanya kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun untuk membasmi nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak demam denggi termasuk program yang dilaksanakan bersama agensi dan jabatan berkaitan bagi mengawal dan mencegah penularan wabak denggi.
"Kerajaan negeri juga sedang melaksanakan inisiatif penggunaan racun 'Bacilus Thuringiensis Israelensis' (BTI) di kawasan 'hotspot' dan penggunaan dron bagi tujuan pengawalan dan pencegahan denggi di kawasan yang sukar dicapai seperti bumbung rumah," katanya.
"Sehingga 31 Oktober, kerajaan negeri menyediakan sebanyak 2,000 kilogram racun BTI kepada 10 pihak berkuasa tempatan di Selangor dalam usaha menggalakkan penggunaan racun di kawasan hotspot dan kawasan awam," katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kerajaan Selangor mengagihkan sebanyak 14,649,397 dos vaksin COVID-19 setakat Oktober lalu kepada 4,330,200 orang dewasa (96.2 peratus); 519,617 orang remaja (91.6 peratus) dan 320,909 kanak-kanak (43.9 peratus) yang telah menerima dos lengkap vaksin berkenaan.
"Selain itu, seramai 4,069,818 orang atau 89.4 peratus menerima satu dos penggalak vaksin COVID-19," katanya yang menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) berhubung status pencapaian COVID-19 di Selangor.
"Jika peratusan vaksin COVID-19 diukur seperti dalam kriteria Jabatan Kesihatan Selangor (JKNS) iaitu lengkap dua dos vaksin, Selangor telah mencapai 100 peratus (agihan vaksin COVID-19)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022

Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5 juta setiap tahun untuk membasmi nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak demam denggi. - Gambar fail

Dialog Poket Rakyat: Formula Tambah ‘Income’ Rakyat
Inflasi dan kos sara hidup sukar dikawal? Kenapa tidak cari jalan bagaimana boleh tambah pendapatan rakyat? Dialog Poket Rakyat, 8.30 malam

PRN: UMNO Selangor sudah muktamadkan kerusi yang bakal ditandingi - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain memberitahu, setakat hari ini, keputusan tersebut adalah muktamad dan beliau sudah pun memaklumkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Mahkamah tolak saman bekas pelajar sekolah pendidikan khas
Mahkamah Tinggi menolak saman seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas terhadap sekolah dan tiga defendan lain termasuk Kerajaan Malaysia.

Hujan lebat, beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak jam 4 petang di Pulau Pinang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dilanda banjir kilat.

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu lori di bawah pengaruh alkohol
Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah lori yang dipandu seorang lelaki disyaki berada di bawah pengaruh alkohol di Jalan Parit Panjang, petang semalam.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi meningkat 3.5 peratus minggu lepas
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi meningkat 4.2 peratus minggu lepas
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.

Denggi: Kes di Ipoh meningkat 214.6 peratus, dengan 1 kematian
Peningkatan itu adalah sebanyak 367 kes (214.6 peratus) berbanding 171 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat 248.1 peratus
Kes demam denggi di Pulau Pinang merekodkan peningkatan 248.1 peratus iaitu 1,347 kes dicatatkan sejak Januari hingga 17 Dis lepas berbanding tempoh sama tahun lalu iaitu hanya 387 kes.