awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan dalam talian: Orang ramai perlu peka jenis ancaman siber

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
17/07/2020
05:11 MYT
Penipuan dalam talian: Orang ramai perlu peka jenis ancaman siber
Ramai pengguna yang hanya mengambil langkah keselamatan apabila sudah menjadi mangsa. - Gambar hiasan
Kes-kes penipuan dalam talian terus meningkat sejak akhir-akhir ini ketika negara masih berdepan cabaran menangani pandemik, dan kesannya seperti pengangguran dan ekonomi yang tidak menentu.
Melibatkan kerugian jutaan ringgit dan mangsa dari pelbagai latar belakang, sindiket dalam talian itu terus antara lain bermula dengan mencuri maklumat peribadi dan butiran perbankan.
Menurut Pakar Keselamatan Siber, Aaron Ikram Mokhtar, orang ramai perlu peka dengan jenis-jenis ancaman siber untuk menjadikan mereka lebih bijak dalam mengemudi transaksi kewangan atau berkongsi data peribadi.
“Orang ramai perlu tahu pertamanya adalah phishing iaitu penjenayah menggunakan e-mel palsu untuk membawa pengguna kepada laman web yang salah untuk memperoleh maklumat mangsa. Di situ, pengguna akan memberikan maklumat dengan rela apabila melihat e-mel itu seperti e-mel rasmi tetapi sebenarnya bukan,
“Apabila menggunakan WiFi umum, kita kena berhati-hati. Pastikan kita bersambung kepada WiFi yang selamat bukannya laman web penjenayah,” jelas Aaron dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.
Tambah Aaron, elakkan membuat transaksi kewangan ketika menggunakan WiFi umum tetapi lebih baik menggunakan talian telefon sendiri.
Aaron juga menasihati orang ramai supaya mendapat bantuan Cyber999, satu aplikasi yang disediakan agensi keselamatan sekiranya berlaku penggodaman atau kecurian data peribadi dalam talian.
Beliau juga menyeru soal keselamatan dititikberatkan ketika pengguna melayari internet dan tidak dipandang enteng kerana ramai yang hanya mengambil langkah keselamatan apabila sudah menjadi mangsa.
Topic Berkaitan
#Aaron Ikram Mokhtar
#Internet
#keselamatan
#Pakar Keselamatan Siber
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan