awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penipuan dalam talian: Pemegang akaun keldai harus dikenakan hukuman berat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/06/2023
08:35 MYT
Penipuan dalam talian: Pemegang akaun keldai harus dikenakan hukuman berat
Tindakan undang-undang mampu mengekang sindiket bijak yang mengambil kesempatan untuk memerangkap dan memanipulasikan mereka menjadi keldai akaun. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hukuman berat harus dikenakan ke atas pemegang akaun keldai yang menjadi penyumbang kepada berlakunya jenayah penipuan dalam talian.
Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, tindakan itu mampu mengekang sindiket yang mengambil kesempatan untuk memerangkap dan memanipulasikan mereka menjadi keldai akaun
"Pemegang mule account (akaun keldai) ini sepatutnya dijadikan sebagai satu kesalahan dan satu hukuman berat perlu dikenakan supaya akaun mereka tidak disalahgunakan.
"Apabila suatu tindakan diambil, maka mereka (keldai) akan fikir banyak kali sebelum menyerahkan maklumat akaun mereka kepada pihak ketiga untuk digunakan bagi tujuan transaksi peribadi," katanya dalam Buletin AWANI di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Ahmad Noordin memberitahu, bebanan penguatkuasaan ke atas kesalahan itu tidak seharusnya diletakkan kepada satu-satu pihak.
"Sebaliknya semua agensi perlu berganding bahu bersama-sama termasuk daripada mengambil keterangan kepada siasatan," ujarnya.
Beliau berkata, orang ramai tidak boleh sama sesekali mendedahkan maklumat bank dan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali untuk apa tujuan sekalipun.
Justeru katanya, untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa scammer, orang ramai perlu peka dan memahami taktik modus operandi yang digunnakan scammer.
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#scammer
#keldai
#mule account
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan