KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin membuat pelaburan yang ditawarkan mana-mana syarikat perlu memastikan syarikat berkenaan mempunyai dokumen prospektus disahkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi mengelak terjebak penipuan skim pelaburan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata prospektus merupakan dokumen untuk penawaran saham yang membantu pelabur membuat keputusan pelaburan dengan maklumat yang lebih banyak.
"Antara yang menarik berkenaan prospektus ini adalah dinyatakan juga risiko bagi pelaburan tersebut. Laburlah dalam sesebuah syarikat yang telah dikawal selia, yang ada pematuhan, yang ada prospektus diluluskan SC," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam ini.
Beliau berkata ramai terkeliru dengan memorandum maklumat yang dikeluarkan sesebuah syarikat sehingga membuat pelaburan.
"Memorandum maklumat ini menceritakan tentang butiran pelaburan tapi ia tidak ada semak dan imbang, bagi para pelabur, melaburlah pada syarikat yang ada diluluskan prospektusnya," katanya.
Dalam pada itu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata siasatan melibatkan kes penipuan skim pelaburan memerlukan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, SC dan Bank Negara.
Menurut Musa ini disebabkan kesalahan dalam penipuan skim pelaburan melibatkan pelbagai akta antaranya Kanun Keseksaan, Akta Syarikat 2016, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 serta Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Hishamuddin berkata ramai terkeliru dengan memorandum maklumat yang dikeluarkan sesebuah syarikat sehingga membuat pelaburan. - Gambar fail/Bernama
PM Anwar terima tabik hormat daripada 31 kapal pada acara Fleet Review
Beliau yang sebelum itu merasmikan upacara pembukaan sektor maritim LIMA'25 disambut Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain di atas Kapal Diraja (KD) Perantau yang merupakan sebagai platform utama acara tersebut.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.

Malaysia terjemah kekuatan pusat data kepada manfaat ekonomi mampan
Kemunculan Malaysia sebagai peneraju utama pusat data serantau pada masa ini semakin ketara.

Perunding dagangan emas didakwa terima deposit lebih RM1 juta tanpa lesen sah
Seorang perunding perdagangan emas dan pertukaran wang asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM1.18 juta tanpa lesen sah.

5 sebab FBM KLCI mampu mencatat kenaikan 5 minggu berturut-turut - Penganalisis
Pemulihan ini didorong oleh beberapa faktor utama yang berkait rapat dengan perkembangan dasar ekonomi global dan tempatan.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

Jurutera kilang rugi RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Seorang jurutera kilang kerugian RM300,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian, baru-baru ini.

Peniaga rugi lebih RM700,000 terperdaya pelaburan dalam talian
Seorang peniaga kerugian RM720,800 akibat terperdaya dengan sindiket pelaburan saham dalam talian pada 25 Mac lepas.

Tiong gesa sokongan, pelaburan lebih kukuh terhadap profesion kejururawatan
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menggesa agar sokongan dan pelaburan yang lebih kukuh diberikan kepada tenaga kerja kejururawatan di negara ini.

Malaysia manfaatkan kepengerusian ASEAN perkukuh hubungan dengan GCC, China
Malaysia bersedia mengambil bahagian dalam diplomasi global apabila menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China yang julung kali diadakan bulan ini.

Trump kritik Tim Cook kerana tingkatkan pengeluaran Apple di India
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump meningkatkan tekanan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, supaya memindahkan lebih banyak pengeluaran ke AS.

Untung bersih Maxis naik kepada RM371 juta suku pertama 2025
Keuntungan bersih Maxis bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2025 meningkat kepada RM371.0 juta daripada RM353.0 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun lepas.