awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaga rumah ibadat antara 26 warga asing ditahan Imigresen

Bernama
Bernama
03/06/2024
09:00 MYT
Penjaga rumah ibadat antara 26 warga asing ditahan Imigresen
Penjaga rumah ibadat itu akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan. - Foto FB Jabatan Imigresen Negeri Johor
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 26 warga asing termasuk seorang penjaga rumah ibadat kerana tidak memiliki pas atau permit sah tinggal di negara ini, dalam serbuan di tujuh premis di Taman Setia Indah di sini, tengah malam tadi.
Pemangku Pengarah Imigresen Johor Mohd Faizal Shamsudin berkata kesemua yang ditahan dalam serbuan Ops Sapu dan Ops Selera kira-kira 12.01 tengah malam itu berusia 22 hingga 47 tahun.
"Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, tujuh lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga India serta seorang wanita warga Thailand.
"Hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat sebuah rumah kedai telah dijadikan rumah ibadat untuk warga asing dan seorang warga Myanmar mengaku menjadi penjaga kepada rumah ibadat tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata sebuah restoran warga asing turut dikesan menjalankan operasi secara haram dan tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.
Mohd Faizal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
"Penjaga rumah ibadat itu juga akan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#warga asing
#serbuan di Taman Setia Indah
#penjaga rumah ibadat
#Imigresen Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan