awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/06/2024
08:00 MYT
Penjaja ‘chee cheong fun’ didakwa bunuh isteri
Tertuduh, Wong Choon Foo seorang penjaja 'chee cheong fun' mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan. - Foto Bernama
IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai memukul dan menikam isterinya hingga mati dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas tuduhan membunuh.
Tertuduh, Wong Choon Foo, 56, seorang penjaja 'chee cheong fun' mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian kepada Yew Mee Foong, 48, di sebuah rumah di Laluan Simee 11, Kampung Simee, Ipoh antara jam 8.30 hingga 9 pagi, 12 Jun lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara sehingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh yang tidak diwakili peguam dan memohon tarikh sebutan baru.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.
Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di kawasan garaj rumahnya.
Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati terdapat tiga kesan tikaman di dada dan kecederaan di bahagian kepala.
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 pagi apabila mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki itu bertindak di luar kawalan dengan memukul wanita itu di kepala dan menikamnya.
Lebih menyedihkan lagi kejadian itu disaksikan sendiri oleh anak perempuan pasangan berkenaan yang berusia 12 tahun.

Topic Berkaitan
#pukul dan tikam isteri
#Wong Choon Foo
#tuduhan bunuh
#mahkamah majistret ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan