awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2021
22:00 MYT
Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka
Seorang penjawat awam antara dua individu diberkas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan kecurian di sebuah kedai serbaneka di Puchong Utama pada Selasa. -Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Seorang penjawat awam antara dua individu diberkas dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan kecurian di sebuah kedai serbaneka di Puchong Utama pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 4.53 pagi daripada pekerja di kedai serbaneka tersebut.
"Siasatan awal dijalankan mendapati kunci 'shutter' hadapan kedai telah diumpil dan penjenayah telah membongkar kaunter serta mengambil wang tunai sebanyak lebih kurang RM4,700 dari peti besi.
"Selain itu, pelbagai jenama rokok yang terdapat di kaunter turut didapati hilang, anggaran kerugian lebih kurang RM17,430," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.
Katanya, bertindak atas maklumat diterima, dua suspek telah berjaya diberkas di sekitar Subang Jaya.
"Kedua-dua suspek yang ditahan berumur 29 tahun dan 37 tahun yang mana salah seorang suspek merupakan penjawat awam.
"Seorang lagi suspek mempunyai 10 rekod kesalahan lampau dan dua kes masih berstatus orang dikehendaki," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek kini direman untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel asal dari Sinar Harian: Penjawat awam antara diberkas terlibat pecah kedai serbaneka
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#pecah masuk
#kecurian
#Kedai Serbaneka
#Puchong Utama
#Abd Khalid Othman
#Seksyen 457 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan