awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam di Pahang terima bonus raya RM1,000

Astro Awani
Astro Awani
28/04/2021
05:36 MYT
Penjawat awam di Pahang terima bonus raya RM1,000
Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan keseluruhan bayaran khas kewangan itu berjumlah RM8 juta meliputi semua gred. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan Pahang mengumumkan bantuan khas bersempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 8,000 kakitangannya yang akan dibayar pada 7 Mei depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan keseluruhan bayaran khas kewangan itu berjumlah RM8 juta meliputi semua gred.
Menurut satu kenyataan media bertarikh 28 April, turut menerima pemberian ini sebagai sagu hati Kerajaan Negeri Pahang, ialah penjawat awam Persekutuan bergred JUSA C dan ke atas, yang berkhidmat di negeri Pahang.
"Keputusan ini dicapai pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang saya pengerusikan pagi oleh Wan Rosdy ini. Ia dibuat berasaskan kemampuan kewangan negeri serta sikap peduli Kerajaan Negeri terhadap rakyat termasuk dalam kalangan penjawat awam sekalian," katanya Pejabat Menteri Besar dalam kenyataan yang diedarkan pada Rabu.
Menteri Besar juga berharap wang pemberian tersebut dapat digunakan sewajarnya.
"Pada Badan-badan Berkanun Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dinegeri ini , saya sarankan agar mereka dapat turut membuat pemberian yang serupa kepada pegawai dan kakitangan masing-masing," jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Pahang
#bantuan khas
#kewangan
#Aidilfitri
#hari raya
#Menteri Besar
#Wan Rosdy Wan Ismail
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan