awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam ditahan rasuah lulus ujian memandu

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2024
07:37 MYT
Penjawat awam ditahan rasuah lulus ujian memandu
Penjawat awam di bawa ke IPD Ipoh bagi mendapatkan tempoh reman pada Sabtu.- Foto Ihsan pembaca
IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak menahan seorang lelaki selepas disyaki terlibat meminta dan menerima rasuah berjumlah RM750 daripada seorang calon ujian memandu.
Tangkapan terhadap penjawat awam berusia 42 tahun itu dibuat sekitar jam 6 petang pada Jumaat ketika suspek hadir ke pejabat SPRM Perak untuk memberi keterangan.
Menurut sumber, suspek dipercayai bersubahat dengan seorang guru sekolah memandu dan seorang ejen bagi meminta dan menerima wang rasuah terbabit di sebuah sekolah memandu di Chemor.
Bayaran itu dikatakan sebagai jaminan untuk memastikan calon terbabit lulus dalam ujian lesen memandu yang didudukinya.
Susulan penahanan itu, suspek telah di bawa ke Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu dan Majistret Anis Hanini Abdullah membenarkan tempoh reman selama enam hari sehingga Khamis depan bagi membolehkan SPRM melakukan siasatan lanjut.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPRM Perak
#penjawat awam ditahan
#terima rasuah
#calon ujian memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan