Penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Dis tahun ini.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata kelayakan mereka untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.
"Tahun lepas, kerajaan membuat keputusan bahawa penjawat awam yang masih bertaraf kontrak, dilanjutkan perkhidmatan mereka hingga 31 Dis 2017 dan mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun, boleh diserap sebagai pegawai tetap," katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di sini hari ini.
Menurut beliau, menjelang akhir tahun ini, mungkin terdapat permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berhubung isu petugas, khususnya staf yang kontrak mereka berakhir pada 31 Dis tahun ini dan kerajaan akan membuat keputusan tentang perkara itu.
Ali berkata jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan setakat ini, tiada peningkatan dari segi jumlahnya, manakala jumlah penjawat awam kekal sebanyak 1.6 juta sejak lima tahun lepas.
Kata Ali, beliau tidak menerima sebarang permohonan daripada jabatan dan agensi kerajaan di pulau bebas cukai ini berhubung pengambilan staf baharu.
"Dengan jumlah staf yang ada sekarang, para pegawai kastam Labuan memaklumkan kepada saya bahawa mereka masih berupaya menjalankan tugas masing-masing dan menjalankan tugas penguatkuasaan... dan saya dimaklumkan bahawa semua jawatan telah diisi.
"Saya rasa pelik sedikit kerana apabila datang ke sini, tiada permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan...semua menunjukkan kecemerlangan dalam tugas mereka...jadi, saya ucapkan tahniah kepada penjawat awam di sini," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2017
Tan Sri Ali Hamsa sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di Labuan hari ini. - Foto Bernama
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isafahan, Iran
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.
Raffi Ahmad mengaku pernah minum air basuhan kaki ibu
"Benar, saya minum (air basuh kaki). Minggu hadapan semua pekerjaan yang hilang saya dapat balik." - Raffi Ahmad
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
Niaga SPOTLIGHT: Financial Inclusion via Innovative FinTech
12% of Malaysia ie; 7 million Malaysians, primarily from rural areas are unbanked - meaning they cannot access any financial services.
This is a dire need in Malaysia due to the country’s fast growth rate in mobile banking and e-money transactions, which quadrupled to RM800 billion in 2021.
Moreover, the existence of financial inclusion gaps among underserved communities such as women, gig workers, and lower-income earners requires significant attention.
Niaga Spotlight speaks with Nisa Ismail, CEO, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) about the latest in Financial Inclusion via FinTech to help close socioeconomic gaps, especially in rural areas.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
This is a dire need in Malaysia due to the country’s fast growth rate in mobile banking and e-money transactions, which quadrupled to RM800 billion in 2021.
Moreover, the existence of financial inclusion gaps among underserved communities such as women, gig workers, and lower-income earners requires significant attention.
Niaga Spotlight speaks with Nisa Ismail, CEO, Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SASC) about the latest in Financial Inclusion via FinTech to help close socioeconomic gaps, especially in rural areas.
#NiagaAWANI
#NiagaSPOTLIGHT
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.