awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi

Bernama
Bernama
07/06/2022
21:30 MYT
Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memotong kek ketika Majlis Makan Malam Sempena Ulang Tahun ke-50 Yayasan Sarawak pada Selasa. - Foto BERNAMA
KUCHING: Perkhidmatan awam Sarawak akan terus menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama-sama dengan bahasa kebangsaan, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam tadi.
Beliau berkata pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.
"Saya harap jangan ini jadi polemik. Sarawak, mempunyai pendirian sendiri...sila terus gunakan bahasa Inggeris. 'Sik kenak penalty' (tidak akan dihukum kerana menggunakan bahasa Inggeris) Penjawat awam Sarawak, anda boleh menggunakan bahasa Inggeris. Penjawat awam Persekutuan, saya tidak tahu kerana tuan kamu berbeza," katanya.
Berucap pada majlis jamuan malan meraikan ulang tahun ke-50 Yayasan Sarawak di sini, beliau berkata walaupun sesetengah pihak merujuk kepada kisah kejayaan Jepun disebabkan mereka bertutur dalam bahasa Jepun tetapi pelajar dari negara itu masih perlu belajar bahasa Inggeris apabila menuntut di Eropah atau Amerika Syarikat.
Sama ada anda suka atau tidak, untuk memperoleh teknologi dan pengetahuan terkini anda mesti menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memahami apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.
Pada 24 Mei lalu, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dapat meneliti tindakan yang boleh diambil ke atas pihak mengambil mudah arahan berkaitan pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Abang Johari Openg
#urusan rasmi
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan