awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah cedera di kaki dan badan ditembak polis gara-gara cuba loloskan diri

Fareez Azman
Fareez Azman
25/08/2019
07:59 MYT
Penjenayah cedera di kaki dan badan ditembak polis gara-gara cuba loloskan diri
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berhubung kes tembak menembak di Genting Klang. - Gambar hiasan/PEXEL
Tindakan melepaskan tembakan ke arah anggota polis gara-gara cubaan meloloskan diri akhirnya 'memakan tuan'.
Itulah nasib seorang penjenayah selepas bertindakan agresif ketika kenderaannya ditahan dalam satu kejadian tembakan di Jalan Genting Klang pada 23 Ogos lalu.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam Jumaat lalu.
Sewaktu kejadian itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Setapak telah menahan kenderaan suspek untuk diperiksa bagaimanapun ketika pemeriksaan dilakukan, rakan suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah polis.
Suspek yang keluar dari kenderaan kemudiannya melepaskan satu lagi das tembakan sebelum cuba melarikan diri.
Anggota polis bagaimanapun berjaya menembak mangsa di bahagian kaki dan badan.
Suspek yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Susulan itu, polis berjaya merampas sepucuk pistol jenis semi-auto HK USP 9 MM bersama 35 butir peluru 9MM.
Suspek juga dikesan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan samun dan dadah.
Polis dalam usaha mengesan dua lagi rakan suspek yang berjaya melarikan diri.
Kes kini disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih berat).
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjur kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#cedera
#Cuba
#Dadah
#Genting Klang
#Hospital
#Kanun Keseksaan
#Kuala Lumpur
#Lolos
#mangsa
#samun
#senjata api
#siasatan
#tembak
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan