awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah samun kafe siber ditembak mati polis

Bernama
Bernama
26/10/2014
14:11 MYT
Penjenayah samun kafe siber ditembak mati polis
Siasatan polis mendapati di dalam beg sandangnya mengandungi wang tunai yang disamun.
Polis menembak mati seorang penjenayah warga Indonesia yang merompak sebuah kafe siber di Taman Fedeson, Kepong, di sini, kira-kira pukul 2 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata sebelum kejadian itu, dua anggota detektifnya sedang membuat rondaan di kawasan itu dan ternampak seorang lelaki lingkungan 20-an yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Lelaki yang menaiki motosikal jenis Suzuki RG tanpa nombor pendaftaran dan berpakaian gelap serta memakai topi keledar muka penuh warna hitam itu, kemudian memasuki sebuah kafe siber.
"Polis kemudiannya mengekori suspek memasuki kedai berkenaan dan mendapati lelaki terbabit telah mengacukan sepucuk pistol kepada seorang wanita penjaga kedai itu dan merompak wang dari kaunter.
Melihat keadaan itu, anggota saya memberi amaran kepada suspek tetapi lelaki terbabit pula terus mengacukan senjata api kepada polis yang menyebabkan salah seorang anggota terpaksa melepaskan tembakan dan terkena bahagian dada suspek," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, hasil siasatan polis mendapati di dalam beg sandangnya mengandungi wang tunai yang disamun dan jumlahnya masih disiasat, selain pasport milik suspek.
"Ini merupakan kejadian kali kedua kawasan di sekitar itu disamun sejak bulan lalu tetapi kali ini melibatkan premis internet.
Ekoran daripada kes samun pertama yang lalu, saya sentiasa kerapkan rondaan di sekitar Taman Fedeson," katanya sambil menambah mayat suspek dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Kafe Siber
#kepong
#mati
#merompak
#penjenayah
#polis
#Taman Fedeson
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan