awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjenayah warga asing akan diisytihar sebagai persona non grata - KP Imigresen

Bernama
Bernama
13/12/2020
10:36 MYT
Penjenayah warga asing akan diisytihar sebagai persona non grata - KP Imigresen
Mereka disenaraikan sebagai persona non grata selepas menjalani hukuman dan diusir dari negara ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Warga asing yang didapati terlibat dan disabitkan dengan kesalahan membabitkan kegiatan jenayah akan diisytiharkan sebagai 'persona non grata,’ kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau berkata warga asing terbabit akan disenaraikan sebagai persona non grata selepas mereka menjalani hukuman dan diusir dari negara ini.
“Selepas mereka menjalani hukuman penjara akibat kesalahan jenayah, mereka akan diusir dan disenaraikan sebagai imigran larangan daripada memasuki Malaysia.
"Itulah keputusannya untuk semua warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen (1959) tanpa mengira jenis pas yang dimiliki," katanya kepada Bernama.
Persona non grata adalah orang yang tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yang tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di sesebuah negara.
Turut senada dengan Khairul Dzaimee ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador yang berkata langkah mengisytiharkan penjenayah warga asing sebagai persona non grata merupakan antara cara berkesan bagi mengekang kegiatan jenayah terutama Sindiket Macau Scam.
“Sindiket Macau Scam di negara ini semakin berleluasa dengan ramai mangsa tertipu melibatkan kerugian jutaan ringgit yang dilakukan warga China.
“Baru-Baru ini, saya ada berbincang dengan beliau (Khairul Dzaimee) berhubung perkara ini dan kuasa untuk mengisytiharkan persona non grata terletak kepada Imigresen untuk melaksanakannya,” katanya ketika kunjungan hormat Bernama ke pejabat beliau di Bukit Aman di sini baru-baru ini.
Abdul Hamid berkata warga China paling takut disenarai hitam dan dilarang memasuki Malaysia kerana mereka bukan sahaja tidak boleh melakukan kegiatan jenayah malah bakal berdepan hukuman berat di negara asal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pesona non grata
#Imigresen
#warga asing
#jenayah
#Ketua Pengarah Jabatan Imigresen
#Khairul Dzaimee Daud
#Hukuman
#diusir
#maksud pesona non grata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan