awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensijilan MSPO Malaysia diiktiraf global, setanding RSPO - Fadillah

Bernama
Bernama
14/11/2023
20:45 MYT
Pensijilan MSPO Malaysia diiktiraf global, setanding RSPO - Fadillah
Pensijilan MSPO sentiasa mendapat pengiktirafan global dan dianggap setanding dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. - Foto BERNAMA
SHANGHAI: Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sentiasa mendapat pengiktirafan global dan dianggap setanding dengan Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof.
"Bagi Malaysia, MSPO adalah lebih menyeluruh, merangkumi lebih besar perspektifnya kalau dibandingkan dengan RSPO," katanya kepada media selepas majlis penganugerahan sijil MSPO kepada syarikat China Grand Oils and Fats (Dongguan) Co Ltd di sini, pada Selasa.
Fadillah berkata India merupakan antara yang telah mengiktiraf persijilan itu yang mana negara tersebut merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia selain China, Turkiye, Kenya dan Jepun.
Standard MSPO adalah piawaian pensijilan kebangsaan Malaysia dan dibangunkan dengan input daripada pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit.
Skim pensijilan itu yang kali pertama dilancarkan pada November 2013, dilaksanakan secara rasmi atas dasar sukarela pada Januari 2015 dan pelaksanaannya telah ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh, pensijilan itu telah disemak semula tahun lepas dengan piawaian yang lebih ketat, termasuk tarikh akhir penebangan hutan pada 31 Dis, 2019, yang memenuhi tarikh akhir Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EU).
Lebih banyak semakan dibuat terhadap pengenalpastian pelepasan gas rumah hijau (GHG) dan rancangan pemantauan pengurangannya, pengenalan panduan baharu mengenai persetujuan bebas, terdahulu dan termaklum (FPIC) dan perlindungan pembela hak asasi manusia serta pemberi maklumat.
Sementara itu, Fadillah berkata lawatannya ke Shanghai lebih kepada mempromosikan minyak sawit Malaysia ke China dan hari ini beliau turut terlibat dalam sesi interaksi meja bulat bersama pemain industri dari China dan juga rakyat Malaysia yang mempunyai syarikat di negara tersebut.
Menurutnya, kira-kira 100 peserta terlibat dalam sesi interaksi tersebut dan beliau mendengar pelbagai pandangan dan juga cadangan bagaimana Malaysia dapat meningkatkan kerjasama dengan China serta meningkatkan penggunaan minyak sawit dan bagaimana perdagangan dua hala itu dapat dipermudahkan.
"Bukan sahaja dari segi minyak sawit tetapi keseluruhan rantaian pengeluaran minyak sawit daripada penghasilan benih sehinggalah kepada penghasilan produk hiliran daripada sawit itu sendiri," katanya.
Fadillah berada di sini sempena lawatan rasmi sulungnya ke China selama tujuh hari bermula 12 November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pensijilan
#MSPO Malaysia
#Minyak Sawit Mampan Malaysia
#pengiktirafan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan