awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing

Bernama
Bernama
26/12/2024
16:09 MYT
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Rusdi berkata, bangkai kucing yang ditemui pada 21 Disember itu telah diserahkan oleh aktivis haiwan kepada pihak polis seterusnya dihantar ke makmal veterinar. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pensyarah, penuntut Universiti Malaya (UM) dan seorang aktivis haiwan antara tujuh individu yang dirakam keterangan berhubung kes kematian kucing di universiti itu, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata bangkai kucing yang ditemui pada 21 Disember itu telah diserahkan oleh aktivis berkenaan kepada pihak polis dan dihantar ke makmal veterinar untuk pemeriksaan serta proses bedah siasat.
"Proses bedah siasat bangkai kucing itu akan dijalankan esok (Jumaat). Turut dihantar untuk pemeriksaan dan bedah siasat adalah bangkai kucing yang ditemui pada 25 Dis di tempat letak kereta Fakulti Sukan dan Sains Eksesais UM," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Presidennya Khalid Rashid dilaporkan berkata pihaknya bukan mempersoalkan siasatan yang dijalankan pihak berkuasa namun berharap kes berkenaan diteliti semula dengan bantuan daripada pakar.
Pada 22 Dis, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terlibat, polis mendapati terdapat sekumpulan anjing liar yang telah bertindak menyerang kucing tersebut.
Polis turut merujuk perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pengesahan kecederaan yang dialami ke atas kematian kucing terbabit adalah disebabkan serangan anjing liar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#tujuh individu
#kes kematian kucing
#siasatan
#universiti malaya
#pensyarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan