Mekanisme pentaksiran bukan berasaskan peperiksaan yang bermula pada sesi persekolahan 2019 dapat membantu guru lebih fokus dalam membentuk lebih ramai pelajar cemerlang.
Pada masa sama jelas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, ibu bapa perlu memainkan peranan menggalakkan anak mereka untuk lebih minat membaca dan sentiasa meneroka ilmu baharu.
"Saya harap guru dapat menumpukan usaha pembelajaran untuk meningkatkan kejayaan murid kerana mereka diberikan lebih waktu untuk mendidik mereka.
"Kepada ibu bapa pula perlu menggunakan waktu yang ada dengan menggalakkan pembacaan pada anak-anak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di Sekolah Kebangsaan Ledang, Tangkak yang memulakan sesi persekolahan 2019 pada Selasa.
Pada November 2018, Kementerian Pendidikan mengumumkan pentaksiran bagi murid Tahun Satu, Dua dan Tiga (Tahap Satu) akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran serta tidak lagi berorientasikan peperiksaan.
Pentaksiran alternatif itu merujuk kepada pelbagai aktiviti selain peperiksaan untuk menilai penguasaan dan mengesan perkembangan pembelajaran murid.
Ia dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan kuiz.
Astro Awani
Tue Jan 01 2019

Murid-murid Tahun Satu memulakan sesi suai kenal bersama guru mereka sebelum pembelajaran diteruskan sempena sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan Ledang yang bermula hari ini. --fotoBERNAMA

Nik Nazmi persoal tindakan KPM hadapi PKP 2.0
Nik Nazmi memberitahu, terdapat laporan pelajar sekolah menengah bukan peperiksaan kehilangan minat dan fokus untuk belajar secara maya.

Bangkai kapal lama timbul selepas banjir di Lipis dianggar berusia 200 tahun
Rangka kapal yang ditemukan selepas banjir surut di Kampung Penjom, Kuala Lipis kira-kira 220 kilometer dari sini pada dua hari lalu, dianggarkan dibina pada abad ke-18 dan 19.

PKP 2.0: 1,200 anggota JPJ bantu polis
Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Januari bagi membantu polis diraja malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan.

PKP 2.0: NGO tawar tuisyen, sesi motivasi 'online' percuma
Dalam usaha memastikan pelajar, terutamanya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat belajar dari rumah sepanjang tempoh PKP, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mengambil inisiatif menawarkan kelas intensif dalam talian secara percuma.

Vaksin Pfizer | Kilang dinaik taraf, bekalan mungkin terganggu
Kanada akan mengalami gangguan penerimaan vaksin COVID-19, akibat permintaan yang tinggi dan gangguan pengeluaran yang dialami oleh syarikat pengeluar, Pfizer.

Vaksin COVID-19 | India lancar program vaksin terbesar - Modi
India melancarkan antara program vaksinasi COVID-19 terbesar di seluruh dunia, dengan sasaran untuk memvaksinkan 300 juta orang.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Jawatankuasa Teknikal itu, jelas Perdana Menteri lagi, berperanan memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan Darurat

Vaksin COVID-19: Golongan rentan perlu dapatkan penilaian risiko
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini bagi mengelakkan berlakunya sebarang gejala atau kesan sampingan yang tidak diingini.

Potong gaji, elaun wakil rakyat secara sukarela, tidak perlu usul - Shahidan Kassim
Pemotongan gaji atau elaun antara 10 hingga 20 peratus itu boleh dibuat secara sukarela dan kesedaran setiap ahli bagi membantu rakyat.

MetMalaysia: Hujan lebat di Sabah dan Sarawak sehingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat.

10 kementerian terima penarafan lima bintang AKKP 2019
Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Tidak timbul isu pelajar tercicir ke universiti kerana kemiskinan - Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Kisah ini tidak hanya terhenti di situ apabila ia membabitkan pelajar yang dianggap cemerlang dan berpotensi dalam pelajaran.

Hari Sarawak: Mengejar aspirasi negeri maju 2030 - Abang Johari
Sarawak sudah merdeka dan memiliki kerajaannya sendiri sebelum pembentukan Malaysia.

Hari Sarawak disambut secara maya
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun sejak 57 tahun lalu bakal diadakan secara maya tahun ini.

UPM perbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings 2021
Ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.

UiTM tawar biasiswa RM1 juta untuk pelajar cemerlang IPT sambung pengajian
Biasiswa yang disediakan melalui tabung endowmen universiti itu akan memberi manfaat kepada 52 pelajar cemerlang IPT.

Banduan cemerlang SPM: 6A yang berharga demi pengampunan
Kisah Hassan yang memohon supaya orang ramai mendoakannya selepas menduduki peperiksaan SPM tahun lepas pernah tular di media sosial.

Polis ambil keterangan pengetua didakwa terlibat aktiviti pengantunan seksual
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak tiga rakaman percakapan telah direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta dua saksi.

Pengetua cemerlang didakwa terbabit pengantunan seksual ditempatkan di PPD
Seorang pengetua cemerlang yang didakwa dalam gangguan pengantunan seksual terhadap seorang pelajar sudah ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

JPN Johor siasat dakwaan pengetua cemerlang terlibat dalam 'pengantunan seksual' pelajar
Azman berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan seorang aktivis bahawa seorang pengetua sekolah menengah didakwa terlibat dalam aktiviti pengantunan seksual dengan pelajar lelaki.