awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penternak kambing parah ditembak, polis buru suspek

Bernama
Bernama
25/02/2014
04:25 MYT
Penternak kambing parah ditembak, polis buru suspek
Seorang penternak kambing parah ditembak ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Makmur, Lunas dekat sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 39 tahun sedang minum bersama seorang rakannya apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup dan bersenjatakan pistol meluru masuk ke dalam restoran itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.
Katanya suspek yang dikatakan datang ke tempat kejadian bersama seorang lelaki lain dengan menaiki sebuah motosikal bergegas meninggalkan tempat kejadian selepas menembak mangsa.
"Mangsa yang cedera di bahagian kaki, dada dan perut rebah ke lantai restoran tersebut dalam keadaan berlumuran darah akibat tembakan bertalu-talu tersebut. Lelaki itu kemudian dikejarkan ke Hospital Kulim oleh pasukan polis yang tiba sejurus mendapat maklumat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Polis menjumpai lapan kelongsong peluru pistol di tempat kejadian.
Ghuzlan berkata kejadian malam tadi itu merupakan kejadian kedua serangan bersenjata api yang berlaku di daerah ini dalam tempoh empat hari.
"Dalam kejadian pertama, seorang pengawal keselamatan maut diserang seorang lelaki bersenjatakan pistol di persimpangan lampu isyarat bersebelahan kilang memasang kereta Inokom di Lebuhraya Kulim-Baling kira-kira pukul 9 pagi pada 20 Feb lalu," katanya.
Beliau berkata kejadian malam tadi berlaku kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian pertama.
"Polis sedang mengesan suspek-suspek berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahawa mangsa diserang akibat balas dendam dan kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut atau mengetahui sesuatu mengenainya boleh menghubungi polis di talian 04-4906222 (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim ASP M. Tharmalingam).
Topic Berkaitan
#jenayah
#Kulim
#PDRM
#polis
#Supt Ghuzlan Salleh
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan