Penularan jangkitan radang paru-paru dalam kalangan masyarakat orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Ko, Gua Musang, disahkan tiada kaitan dengan isu pencemaran air atau aktiviti pembalakan, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata perkara itu disahkan oleh beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Ini memberi kelegaan kepada kerajaan negeri kerana sebelum ini macam-macam tohmahan dilemparkan kepada kerajaan negeri yang dikaitkan dengan isu Orang Asli di Gua Musang, kata beliau.
"Malah, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad) sendiri menjelaskan bahawa isu Orang Asli di perkampungan itu tiada sangkut paut dengan pencemaran air atau perlombongan seperti didakwa sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Mohd Amar berkata kerajaan negeri melalui syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terus menghantar bekalan air bersih ke penempatan Orang Asli di Kuala Koh walaupun air di kawasan berkenaan disahkan selamat untuk digunakan.
"Kita juga difahamkan terdapat telaga tiub dibina di kawasan itu. Bila disahkan air di kawasan itu selamat digunakan, masyarakat Orang Asli di situ juga boleh menggunakan kemudahan itu," katanya.
Mengenai aktiviti perlombongan haram yang didakwa sesetengah pihak berlaku di kawasan itu, beliau berkata Gua Musang kaya dengan pelbagai sumber galian namun kerajaan negeri mempunyai kawalan tertentu untuk sebarang aktiviti perlombongan.
Beliau turut difahamkan bahawa sebuah kawasan perlombongan yang terletak di Kuala Koh juga beroperasi secara berlesen.
Beliau enggan mengulas lanjut namun meminta pihak media mendapatkan maklumat lebih jelas daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.
Kementerian Kesihatan mengesahkan dua daripada 14 kematian yang melibatkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh dalam tempoh sebulan lepas berpunca daripada radang paru-paru, namun punca sebenar kematian akan diketahui hanya setelah beberapa ujian yang dilakukan selesai dalam masa terdekat.
Masalah kesihatan yang melanda penempatan Orang Asli Suku Batek itu menyaksikan seramai 99 penduduk dirawat dengan empat daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
Penularan jangkitan radang paru-paru dalam kalangan masyarakat orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Ko, Gua Musang, disahkan tiada kaitan dengan isu pencemaran air atau aktiviti pembalakan.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Tiga laluan utama di Gua Musang dijangka sesak Jumaat ini - Polis
Tiga laluan itu adalah Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Jeli-Gua Musang.
Muse Ecopark, R&R Rantau Manis - tempat riadah dan rehat menakjubkan buat pengguna laluan Pantai Timur
Pada musim perayaan ketika kenderaan bersesak memasuki Kelantan, dua kemudahan ini menawarkan lokasi istirahat lengkap untuk melepas lelah.
Pembantu stor maut motosikal terbabas bertembung treler
Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dan kemudian bertembung dengan sebuah treler di Gua Musang.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung
Jawatankuasa Bahagian Bersatu Gua Musang digantung susulan ketua bahagiannya yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tiga jajahan di Kelantan berpotensi jadi tarikan ekopelancongan
Kebanyakan lokasi yang terlibat adalah di kawasan pedalaman kerana mempunyai sumber alam semula jadi yang indah.
Empat jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir bermula hari ini
JPS dalam kenyataan memaklumkan ramalan awal banjir dikeluarkan susulan amaran hujan berterusan tahap buruk oleh MetMalaysia.