awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, motosikal rempuh lori sehingga terbakar

Astro Awani
Astro Awani
07/11/2020
10:19 MYT
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, motosikal rempuh lori sehingga terbakar
Ekoran perlanggaran tersebut motosikal mangsa dipercayai terbakar dan api dikatakan turut menyambar lori terbabit sehingga menyebabkan lori musnah sepenuhnya. - Foto PDRM
KEMAMAN:Seorang pegawai Jabatan Penerangan maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit.
Nahas berlaku di kilometer 15 Jalan Mak Lagam-Bandar Baru Cheneh, berhampiran dengan Bukit Jemalang, di sini, pada Sabtu.
Kemalangan kira-kira jam 12.00 tengah hari mengakibatkan mangsa Zoraimi Izan, 48, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Mangsa yang bekerja sebagai juru audio visual di Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dikatakan berkonvoi bersama enam lagi rakannya dari arah Kemaman menuju ke arah Kuantan.
Sejurus tiba di lokasi kejadian motosikal jenis Kawasaki Z800 yang ditungganginya dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan lori terbabit.
Ekoran perlanggaran tersebut motosikal mangsa dipercayai terbakar dan api dikatakan turut menyambar lori terbabit sehingga menyebabkan lori musnah sepenuhnya.
Mangsa Zoraimi Izan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Foto PDRM
Mangsa Zoraimi Izan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah. - Foto PDRM
Seramai tiga belas anggota bomba termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai dikejarkan ke lokasi kejadian dan mengambil masa selama 10 minit bagi memadamkan kebakaran.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Ekoran perlanggaran tersebut motosikal mangsa dipercayai terbakar dan api dikatakan turut menyambar lori terbabit menyebabkan lori musnah sepenuhnya. - Foto PDRM
Ekoran perlanggaran tersebut motosikal mangsa dipercayai terbakar dan api dikatakan turut menyambar lori terbabit menyebabkan lori musnah sepenuhnya. - Foto PDRM
Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal berkuasa tinggi
#penunggang maut
#Kemaman
#kemalangan maut
#motosikal terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan