awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penunggang motosikal maut akibat leka saksi nahas di seberang jalan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/05/2022
02:45 MYT
Penunggang motosikal maut akibat leka saksi nahas di seberang jalan
Seorang pekerja kilang maut dalam kemalangan di Kilometer 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi. -PDRM
GURUN: Seorang pekerja kilang maut dalam nahas di Kilometer 76.1 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 29, menunggang motosikal berseorangan dari arah Tikam Batu ke Alor Setar.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan tidak nampak kenderaan bergerak perlahan di hadapan kerana menyaksikan satu lagi kemalangan dari arah seberang jalan.
“Mangsa yang gagal membrek melanggar bahagian belakang kereta di hadapan.
“Impak pelanggaran yang kuat menyebabkan mangsa terpelanting dan jatuh ke sebelah kiri jalan.
“Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mayat mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal maut
#Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin
#Zaidy Che Hassan
#lihat nahas seberang jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan