Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana keluar dari rumah untuk membuat tugasan di rumah kawannya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas penuntut lelaki berumur 20 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa terhadapnya.
Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda.
Dia didakwa dengan sengaja berada dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah yang menghendakinya berada di dalam rumah di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2020 di tepi Jalan Tan Sri Low You Chuan, Rawang di sini pada 11.30 malam, 3 April lepas.
Dia dituduh mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11 peraturan serupa yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya M.S Arunjothy memohon hukuman setimpal manakala peguam M.Mariappan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili penuntut itu memohon denda minimum kerana anak guamnya telah menyesal dan insaf.
“Pada hari kejadian, dia telah pergi ke rumah kawannya untuk membuat tugasan apabila balik dari rumah kawannya itu dia telah ditahan,” katanya.
Di mahkamah sama, dua penganggur berumur 26 dan 24 tahun masing-masing didenda RM1,000 atau penjara tiga bulan selepas mereka mengaku bersalah melanggar PKP dengan keluar membeli makanan di tepi Jalan SP1 A, Selayang Jaya, Gombak di sini pada 9.15 malam, 9 April lepas.
Arunjothy memohon hukuman setimpal manakala Mariappan yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon denda minimum kerana mereka keluar untuk membeli makanan dan mereka juga memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 05 2020
Pada hari kejadian, pelajar itu telah pergi ke rumah kawan untuk membuat tugasan dan ditahan pihak berkuasa dalam perjalanan balik dari rumah kawannya itu. - Gambar hiasan
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
FGP Ventures didenda atas kesalahan tawar iRPS secara tidak sah - SSM
FGP Ventures Sdn Bhd, syarikat persendirian menurut syer, dikenakan hukuman denda sebanyak RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Jenayah.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lelaki 'kantoi' seludup ular sawa dalam seluar
Susulan tindakan itu, dia dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda AS$5,000 (RM23,887).
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Apple akan didenda AS$500 juta oleh EU kerana amalan anti persaingan
Kini menurut laporan Financial Times, EU akan mengenakan denda $500 juta ke atas Apple atas amalan anti persaingan mereka.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Syarikat proses ayam didenda RM15,000 lepas efluen tidak dirawat ke longkang
Kesalahan itu dilakukan di premis yang beroperasi di Kulim pada jam 9.30 hingga 11 malam 4 April tahun lalu.
Didenda RM48,000 tipu tuntutan Program Penjana Kerjaya
Tertuduh didenda kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 berjumlah RM10,000, tiga tahun lepas.
Warga emas didenda tipu lelaki kononnya bagasi ditahan di KLIA
Raja Shahyan Raja Abdullah, 82, didakwa menipu mangsa berkenaan bagasi yang ditahan di KLIA sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM2,700.
Tukang masak didenda RM10,000 alih wang lebih RM100,000 ke dalam akaun bank
Ng Kah Lun, 20, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan memerintahkan tertuduh dihukum penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.