awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penurunan peratus A tiada kaitan soalan UPSR bocor - Idris Jusoh

Astro Awani
Astro Awani
27/11/2014
00:13 MYT
Penurunan peratus A tiada kaitan soalan UPSR bocor - Idris Jusoh
IDRIS: Perkara itu disebabkan oleh peratusan kesukaran bagi kesemua mata pelajaran itu ditingkatkan.
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menyifatkan, penurunan Gred Purata Nasional (GPN) 0.02 tiada kaitan dengan kebocoran beberapa kertas soalan UPSR, sebelum ini.
Tegasnya, perkara itu disebabkan oleh peratusan kesukaran bagi kesemua mata pelajaran itu ditingkatkan.
Idris ditemui selepas Majlis Penyerahan Slip Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 di Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya pada Rabu.
Idris berkata, bagi empat mata pelajaran UPSR yang bocor, hanya Kertas Bahasa Inggeris satu mencatatkan peningkatan iaitu 2.6 peratus.
Manakala, bagi mata pelajaran lain, kesemuanya menunjukkan penurunan iaitu kertas Bahasa Inggeris 2 menurun 1.7 peratus.
Kertas Matematik juga menunjukkan penurunan 1.3 peratus.
Ia diikuti dengan kertas Sains yang menurun 3.2 peratus iaitu 19.4 peratus pada tahun ini berbanding 22.6 tahun 2013.
Topic Berkaitan
#Gred Purata Nasional
#Idris Jusoh
#Menteri Pendidikan II
#Ujian Penilaian Sekolah Rendah
#UPSR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan