awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penutupan sementara Hotel Primula tidak jejaskan sektor pelancongan Terengganu - Exco

Bernama
Bernama
06/09/2021
03:45 MYT
Penutupan sementara Hotel Primula tidak jejaskan sektor pelancongan Terengganu - Exco
Ariffin berkata, penutupan sementara itu adalah prosedur biasa bagi mengekang penularan COVID-19 dan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Penutupan sementara Primula Beach Hotel selama dua minggu mulai semalam susulan penularan COVID-19 dalam kalangan 29 pekerjanya tidak akan menjejaskan sektor pelancongan domestik di Terengganu yang kembali beroperasi mulai 1 Sept lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman berkata pelancong masih mempunyai banyak pilihan untuk menginap di hotel dan resort lain di Terengganu malah pemantauan lebih ketat akan terus dilakukan bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
"Penutupan sementara itu adalah prosedur biasa bagi mengekang penularan COVID-19 dan bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dilakukan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Primula Beach Hotel ditutup selama 14 hari hingga 18 Sept atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak penularan penyakit berjangkit.
Sementara itu, Pengurus Besar Primula Beach Hotel Suaibah Harun ketika dihubungi berkata seramai 109 pekerja lain hotel berkenaan akan menjalani ujian calitan bermula hari ini.
"PKDKT telah mengeluarkan arahan penutupan terhadap satu daripada empat dapur dan satu daripada empat restoran pada 29 Ogos lepas setelah kes pertama COVID-19 dikesan," katanya menambah penutupan itu adalah berdasarkan penilaian risiko bahawa jangkitan hanya tertumpu di bahagian berkenaan.
Bagaimanapun setelah penularan berlaku di bahagian yang lain, PKDKT mengarahkan penutupan keseluruhan premis hotel bermula Ahad," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ariffin Deraman
#Hotel Primula Beach
#hotel tutup
#sektor pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan