MALAYSIA
Penyampai ERA teruja meriahkan sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan di Pulau Pinang

Sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia, ERA tampil dengan aktiviti khas bertemakan Sukan Uniti ERA yang berlangsung pada Jumaat.
GEORGE TOWN: ERA, stesen radio pilihan No.1 di Malaysia, turut serta memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 17 hingga 20 Julai di Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.
Ringkasan AI
- Pengurus projek syarikat pembinaan ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan tender projek pusat data; beliau cuba melupuskan wang tunai hampir RM1 juta dengan membakarnya semasa serbuan di rumahnya.
- SPRM menyita wang tunai kira-kira RM7.5 juta, barang kemas dan jam tangan mewah yang dipercayai hasil bayaran rasuah bagi enam tender projek bernilai RM180 juta; suspek menetapkan bayaran rasuah sebanyak 2.5 peratus bagi setiap tender.
- Suspek bersama isteri dan dua pengarah syarikat direman untuk siasatan di bawah Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan; tindakan membakar wang dianggap cubaan melupuskan bukti dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Antara permainan rakyat yang mencuri perhatian termasuk Lumba Itik, Semut Berkawat, Cup Stacking, Body Rolling, Pyramid dan Ulat Bulu Berantai yang berlangsung bermula jam 4 petang hingga 6 petang. Aktiviti ini bukan sahaja mencuit hati, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh mesra dan harmoni.
Menurut Pengurus Jenama ERA, Azah Sahrin: "Kami amat teruja dan berbesar hati kerana dapat turut serta dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2025 ini. Ia adalah platform terbaik untuk kami mendekati pendengar dari pelbagai latar belakang sambil menyampaikan mesej perpaduan dalam cara yang santai dan menyeronokkan. Kehadiran penyampai dan selebriti ERA di acara ini memberi peluang untuk mencipta kenangan manis bersama pendengar serta menyemarakkan semangat muhibah dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Sebagai sebuah jenama radio yang sentiasa dekat dengan komuniti, ERA percaya bahawa hiburan boleh menjadi medium yang berkesan untuk memupuk nilai-nilai perpaduan, toleransi dan kasih sayang antara satu sama lain. Melalui aktiviti seperti Sukan Uniti ERA, kami bukan sahaja membawa hiburan, malah memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi, bergelak ketawa dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.
"Kami juga amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput ERA untuk turut serta dalam program yang cukup bermakna ini. Kami harap usaha ini akan terus menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih harmoni dan bersatu padu,” akhirnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami