awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyamun berseluar pendek pakai ves polis lepas tembakan, larikan Myvi

Bernama
Bernama
02/09/2020
11:09 MYT
Penyamun berseluar pendek pakai ves polis lepas tembakan, larikan Myvi
Siasatan awal di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. -Gambar hiasan
Satu keluarga berdepan detik cemas apabila seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan ke jalan raya dalam kejadian samun berkumpulan di hadapan sebuah kedai motosikal di Jalan Kampung Sungai, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi itu keluarga berkenaan dalam perjalanan pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum dihalang sebuah Perodua Myvi biru dinaiki dua lelaki tempatan.
"Salah seorang suspek memakai ves polis dan berseluar pendek telah keluar dari kenderaan dan mengarahkan mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, abang ipar serta anak saudaranya (lelaki) keluar daripada kenderaan mereka.
"Selepas mangsa keluar, suspek telah mengacukan senjata disyaki pistol kepada mangsa dan melepaskan satu das tembakan ke atas jalan raya. Suspek kemudiannya menaiki kereta mangsa jenis Myvi putih sebelum melarikan kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, hasil siasatan awal di tempat kejadian menemui satu kelongsong peluru dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian boleh menyalurkannya dengan cara menghubungi Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7450999 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kelantan
#keluarga
#Malaysia
#mangsa
#Myvi
#pistol
#samun
#suspek
#tembakan
#tembakan ke jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan