MALAYSIA
Penyanyi rap, dua rakan ditahan di Laos bersama 86kg ganja - Mat Sani

Mat Sani @ Mohd. Salahuddin Che Ali berkata, ketiga-tiga suspek ditahan bersama enam bagasi yang mengandungi 103 bungkusan plastik berisi dadah disyaki ganja. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiga rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi rap ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos pada 27 Mei lalu selepas dipercayai cuba menyeludup 86 kilogram dadah jenis ganja ke Jerman dengan menjadikan Laos sebagai lokasi transit.
Ringkasan AI
- Tiga rakyat Malaysia, termasuk seorang penyanyi rap, ditahan di Lapangan Terbang Wattay, Laos, kerana dipercayai cuba menyeludup 86 kilogram ganja ke Jerman dengan menjadikan Laos sebagai lokasi transit.
- Kesemua suspek ditahan bersama enam bagasi mengandungi 103 bungkusan dadah, sebelum sempat menaiki penerbangan Thai Airways ke Jerman, dan kini ditempatkan di Penjara Phontong, Vientiane untuk siasatan lanjut.
- Penahanan dilakukan selepas pegawai kastam dan keselamatan lapangan terbang mengesan aktiviti mencurigakan, dengan polis Malaysia turut menjalankan siasatan terperinci bersama wakil kedutaan di Laos.
Mengulas lanjut, Mat Sani @ Mohd. Salahuddin berkata, ketiga-tiga individu yang berusia 25 hingga 29 tahun itu kini ditahan di Penjara Phontong, Vientiane sementara siasatan lanjut dijalankan.
Menurutnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terperinci.
Katanya lagi, pihak polis dimaklumkan mengenai penahanan itu oleh wakil kedutaan Malaysia di Laos menerusi Kementerian Luar.
Menurut laporan The Laotian Times, tangkapan dijalankan oleh pegawai kastam, pasukan keselamatan lapangan terbang dan beberapa agensi lain yang mengesyaki sesuatu mencurigakan terhadap tiga pelancong berkenaan ketika pemeriksaan rutin.
Rampasan dilakukan pada 27 Mei selepas pegawai kastam dan pasukan keselamatan lapangan terbang mengesan aktiviti mencurigakan ketika pemeriksaan rutin terhadap tiga pelancong dari Malaysia.
Pemeriksaan lanjut terhadap enam beg pakaian milik mereka menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam bagasi, dengan anggaran berat keseluruhan lebih 86 kilogram.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami