awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan Johor maklum perkembangan kepada kedutaan

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2022
03:30 MYT
Penyelam hilang di Mersing: Kerajaan Johor maklum perkembangan kepada kedutaan
ONN HAFIZ: Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencari mereka secepat mungkin. - Foto Astro AWANI
MERSING: Kerajaan Johor akan sentiasa memaklumkan perkembangan kepada pihak kedutaan mengenai operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) empat penyelam yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, di sini.
Ia melibatkan Kedutaan Britain, Kedutaan Belanda, Kedutaan Norway dan Kedutaan Perancis.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkembangan semasa mengenai operasi akan disalurkan sepanjang masa, terutama kepada ahli keluarga mangsa.
"Kita akan laporkan kepada kedutaan empat orang ini, mengenai status pencarian. Kita pastikan mereka dimaklumkan, untuk disampaikan kepada keluarga, apa yang sedang kita usahakan.
"Kita akan lakukan yang terbaik untuk mencari mereka secepat mungkin," katanya ketika ditemui selepas meninjau Op Carilamat di Pengkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini, hari ini.
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Polis tahan tekong bot, positif dadah
BACA: Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing
Ditanya sama ada aktiviti menyelam pelancong akan dihentikan, Onn Hafiz berkata, pihaknya meminta Pejabat Daerah Mersing memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dan melihat langkah-langkah keselamatan yang sesuai supaya insiden serupa tidak berulang.
Buat masa ini, Op Carilamat telah bermula jam 7 pagi tadi melibatkan 90 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk 30 penyelam dan 18 aset.
Onn Hafiz berkata, kawasan pencarian kini meliputi 107 batu nautika radius.
Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di Mersing.
Mereka dikenal pasti sebagai warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun; anaknya Nathan Renze, 14 tahun, warga Belanda; wanita warga Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun; dan jurulatih penyelam Kristine Grodem, 35 tahun, dari Norway.
Topic Berkaitan
#penyelam hilang
#warga eropah
#Mersing
#Pulau Tokong Sanggol
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan