IPOH: Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Wong bagaimanapun berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat.
"Di pihak KPM (Kementerian Pendidikan), kami dalam proses untuk memuktamadkan secara terperinci segala prosedur terutama membabitkan aspek pembelajaran murid prasekolah.
"Daripada dapatan itu, kami akan keluarkan satu garis panduan yang perlu diikuti oleh prasekolah berdaftar dengan kerajaan sahaja tanpa melibatkan prasekolah swasta," katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Perak 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yuk Choy di sini, hari ini.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri pada 24 Jan lepas memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.
Sementara itu, mengenai insiden seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, beliau berkata pihaknya menyerahkan siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis.
Menurutnya kedua-dua pihak terlibat telah membuat laporan polis berhubung insiden yang tular di media sosial itu.
Pada 30 Jan lalu, media melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana mengugut guru susulan anaknya didakwa dipukul selepas didapati merokok di dalam tandas sekolah, sehari sebelum itu.
Penahanan lelaki berusia 49 tahun itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Wong berkata perincian berhubung perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa penyelarasan prasekolah dalam masa terdekat. - Gambar fail/FB Wong Kah Woh
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Penyelarasan sistem baharu hanya libatkan prasekolah seliaan kerajaan - Wong
Penyelarasan baharu sistem prasekolah hanya akan melibatkan institusi di bawah seliaan kerajaan.