awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perahu karam: Mayat mangsa pertama daripada tiga yang hilang ditemukan

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2024
05:30 MYT
Perahu karam: Mayat mangsa pertama daripada tiga yang hilang ditemukan
Dalam kejadian pagi Isnin, perahu yang membawa 20 penumpang kebanyakannya pelajar sekolah sedang menuju ke seberang sungai, sebelum perahu mereka karam. - Gambar fail
LUNDU: Mayat mangsa pertama daripada tiga remaja yang hilang di Sungai Stamin, Kampung Selampit, Lundu, Sarawak pada pagi Isnin ditemukan pagi Selasa.
Mangsa ditemukan pada jam 11:45 pagi kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas. 
 Mangsa yang dikenali sebagai Vilkie Wilson, 15, ditemukan dalam keadaan yang sempurna dan masih lengkap berpakaian sekolah.
Bapa mangsa, Wilson Nyanggin, mengesahkan telah dihubungi pihak polis untuk membuat pengecaman mayat. 
 
"Polis suruh saya pergi ke balai polis untuk buat pengecaman mayat dan mungkin dibawa ke Hospital Kuching untuk buat pengecaman. Itu sahajalah yang saya tahu. (Mangsa) anak bongsu, anak keempat ," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
[TERKINI] Perahu karam: Mayat mangsa pertama ditemukan, SAR cari lagi dua mangsa

 Sementara itu pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini masih mengekalkan elemen hari pertama, melakukan pencarian di permukaan sungai, sambil menggunakan anjing pengesan di sekitar kawasan tiga kilometer radius ke hulu sungai. 
 Ketika operasi dimulakan hari ini, cuaca hujan dan air pasang. 
 Dalam kejadian sekitar jam 6.10 pagi pagi Isnin, perahu yang membawa 20 penumpang kebanyakannya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senibong sedang menuju ke seberang sungai, sebelum perahu dinaiki mereka karam. 
 Seramai 13 pelajar sekolah iaitu tujuh lelaki dan enam perempuan berjaya diselamatkan, bersama-sama dua lelaki dewasa dan dua wanita dewasa. 
 Identiti dua mangsa yang masih hilang kemudiannya dikenal pasti sebagai Alsma Jithil, 14; dan Helena Fasha Petrus, 17. 

Topic Berkaitan
#perahu karam
#Lundu
#mayat pertama ditemui
#pelajar hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan