awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
17/03/2021
11:49 MYT
Perak akan wujud PPV bergerak ke perkampungan Orang Asli
Kerajaan negeri sedar golongan tersebut sukar untuk keluar ke kawasan bandar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail/ Bernama
IPOH: Perak akan mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) bergerak khusus untuk masyarakat Orang Asli di negeri itu, kata Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad.
Beliau berkata, ia bagi memudahkan golongan itu yang kebanyakannya tinggal di pedalaman seperti di Hulu Perak mendapatkan suntikan vaksin.
Beliau berkata, kerajaan negeri sedar golongan tersebut sukar untuk keluar ke kawasan bandar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 disebabkan masalah pengangkutan serta pelbagai kekangan lain.
"PPV bergerak ini akan masuk ke kawasan mereka bagi membolehkan mereka menerima suntikan vaksin itu," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran logo Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak yang turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata hasil perbincangan pihaknya dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semalam, kerajaan negeri akan mengenal pasti premis bersesuaian untuk dijadikan PPV.
Topic Berkaitan
#Perak
#PPV
#Orang Asli
#ppv bergerak
#perkampungan Orang Asli
#pedalaman
#suntikan vaksin
#COVID-19
#Menteri Besar
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan