awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak batal tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda - Menteri Besar

Aida Aziz
Aida Aziz
21/02/2022
08:22 MYT
Perak batal tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda - Menteri Besar
Kerajaan Perak sudah membatalkan tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, kata Menteri Besar.
IPOH: Kerajaan Perak sudah membatalkan tender penjualan tapak bekas Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menurut Menteri Besar, pembatalan itu dibuat selepas tender secara terbuka untuk laluan pembangunan projek komersil dan bangunan bercampur itu mendapat bantahan orang ramai.
"Tiada (keputusan untuk jual tapak bekas istana) kerana setelah bantahan ramai tempoh hari.
"Kita telah membatalkan tender tersebut," jelasnya kepada pemberita mengenai perkembangan isu yang menjadi tumpuan ramai sebelum ini.
Saarani berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak bagi menyokong Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di sini, pada Isnin.
Hadir sama, Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Istana Lama | Perak bincang semula keputusan jual tanah Istana Lama Raja Muda
BACA: Cadangan bangunkan tapak Istana Raja Muda keputusan mesyuarat Exco - Ahmad Faizal
Dalam pada itu, Saarani berkata bekas tapak istana itu juga tidak akan disewakan kepada mana-mana pihak.
Sebelum ini, media melaporkan Saarani mengadap Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah berhubung isu keputusan penjualan bekas tapak istana itu.
Dalam pada itu, jualan secara tender terbuka itu turut mengejutkan pelbagai pihak sebelum ini, kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.
Topic Berkaitan
#istana raja muda
#tender
#tapak bekas istana
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan