Perak bentang belanjawan 2026 pada Sidang DUN bermula 25 Nov

Mohammad Zahir, bercakap pada sidang media persidangan DUN Perak di Bangunan Darul Ridzuan hari ini. - Gambar Bernama
IPOH: Perak akan membentangkan Belanjawan 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan berlangsung pada 25 Nov hingga 2 Dis ini.
Ringkasan AI
- Perak akan mengumumkan Belanjawan 2026 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 25 Nov hingga 2 Dis, dengan fokus kepada pelan Perak Sejahtera 2030 bagi kesejahteraan negeri dan rakyat.
- Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid, mengumumkan bahawa sesi perbahasan belanjawan akan diadakan pada 26 Nov, dengan masa perbahasan 45 minit bagi penyokong kerajaan dan ketua pembangkang serta 20 minit bagi ADUN lain.
- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, kekal sebagai Ketua Pembangkang selepas tempoh penggantungan selama enam bulan berikutan insiden kenyataan tidak benar berhubung bendera China di Menara Teluk Intan.
"Masa sesi perbahasan yang diperuntukkan kepada penyokong kerajaan dan ketua pembangkang adalah selama 45 minit seorang, manakala bagi ADUN lain selama 20 minit setiap seorang.
"Sesi perbahasan dijadualkan berlangsung pada persidangan kedua iaitu pada 26 Nov ini," katanya ketika ditemui pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Mohammad Zahir berkata tiga usul melantik Ahli Jawatankuasa Pilihan meliputi Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan serta Jawatan Kebajikan Ahli.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata ADUN Gunung Semanggol Razman Zakaria kekal sebagai Ketua Pembangkang selepas tamat tempoh penggantungan selama enam bulan pada Oktober lepas.
Menurut Mohammad Zahir, penggantungan Razman sebelum ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua ADUN agar sentiasa menjaga tertib dan adab semasa bersidang.
"Tujuan kita berada dalam dewan ialah untuk melaksanakan urusan pentadbiran, meluluskan undang-undang dan membahaskan dasar dengan cara berhemah.
"Walaupun Ahli Dewan mempunyai imuniti, ia tidak bermaksud kita bebas daripada tindakan jika melampaui batas," katanya.
Sebelum ini, Razman digantung daripada menghadiri sidang DUN selepas didapati mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung insiden bendera negara China dikibarkan di Menara Teluk Intan sempena sambutan Guan Gong Sedunia pada Okt lepas.
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

