awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak rancang wujudkan pasukan petugas tangani jenayah penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
14/05/2023
03:04 MYT
Perak rancang wujudkan pasukan petugas tangani jenayah penipuan dalam talian
Perak merancang untuk membentuk satu pasukan petugas khas bagi menangani jenayah penipuan dalam talian dalam negeri tidak lama lagi. - Gambar hiasan
KAMPAR: Perak merancang untuk membentuk satu pasukan petugas khas bagi menangani jenayah penipuan dalam talian dalam negeri tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, pasukan petugas itu akan melibatkan beberapa agensi seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Jabatan Penerangan dan lain-lain.
Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan awal bersama agensi berkenaan untuk mengenal pasti kaedah atau pendekatan yang boleh diambil bagi memastikan jenayah penipuan dalam talian dapat dibendung.
"Perkara ini perlu dipandang serius kerana ia sering memangsakan orang awam dari pelbagai lapisan masyarakat dan melibatkan kerugian hingga jutaan ringgit," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah di sini, malam tadi.
Pada 12 April lepas, media melaporkan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, 564 kes penipuan dalam talian direkodkan di Perak dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini yang membabitkan kerugian bernilai RM14.6 juta.
Sementara itu, Mohd Azlan berkata, pihaknya juga dalam usaha merangka satu sesi penerangan secara besar-besaran untuk memberi kefahaman kepada masyarakat supaya sentiasa peka dengan jenayah penipuan dalam talian ini.
"Saya percaya jika usaha ini dapat dilakukan secara berterusan, maka kita akan dapat meminimumkan jumlah kes penipuan ini daripada terus berlaku," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#pasukan petugas khas
#jenayah penipuan
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan