KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) susulan peralihan monsun yang bermula pada Mac hingga Mei ini.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM) Datuk Aminurrahim Mohamed berkata masyarakat perlu lebih berwaspada kerana sebarang perubahan cuaca seperti hujan lebat dan ribut boleh membawa kepada kejadian banjir kilat dan tanah runtuh.
"Berbeza dengan Monsun Timur Laut, perubahan cuaca semasa peralihan monsun berlaku di luar jangkaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei yang membawa hujan lebat berserta angin kencang berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.
Menurut Aminurrahim sepanjang Monsun Timur Laut yang bermula pada 11 Nov hingga penghujung Mac lepas seramai 92,534 mangsa banjir ditempatkan di 751 pusat pemindahan sementara selain merekodkan empat kematian.
Dalam pada itu, Aminurrahim berkata seramai 1,416 anggota APM bertugas dalam Op Prihatin di seluruh negara sempena Aidilfitri bermula semalam bagi membantu orang ramai yang menghadapi kesukaran.
Beliau berkata operasi itu akan dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama pada 5 hingga 9 April dan fasa kedua pada 12 hingga 14 April.
Skop penugasan anggota, katanya antaranya memberi khidmat nasihat berkaitan ilmu pertahanan awam kepada komuniti, khidmat kemanusiaan seperti kejadian pokok tumbang, kemalangan jalan raya dan pembaikan kerosakan kecil.
"Anggota ini akan ditempatkan di kawasan tumpuan ramai seperti di hentian rehat, pusat beli-belah dan persisiran pantai selain melakukan rondaan di jalan utama negeri dan persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Negara memasuki permulaan fasa peralihan monsun pada 29 Mac dan berterusan hingga Mei yang membawa hujan lebat berserta angin kencang. - Gambar hiasan/Bernama
Angka korban rakyat Palestin hampiri 34,700 berikutan serangan Israel
Sekurang-kurangnya 34,683 warga Palestin terkorban dalam serangan berterusan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak Oktober tahun lepas.
Hampir 100% sedia, TH tunggu penerbangan pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
MCMC tambah baik kemudahan internet, bantu pengusaha pelancongan Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC juga telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluas radius liputan Internet sedia ada di sekitar pulau tersebut.
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
AWANI 7:45 [05/05/2024] – Selesai masalah orang kampung | Kecederaan pemain bola sepak Malaysia | Bapa dan dua anak lemas
Satu kampung, satu pemimpin, PM cadang mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
Selepas Akhyar mangsa ragut, hari ini Faisal Halim disimbah asid.
Tragedi Tiga beranak lemas ketika berkelah.
Protes mega di Israel desak Netanyahu terima gencatan senjata Hamas.
AWANI Ringkas: Jenayah terhadap atlet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Liputan internet di N.Sembilan capai 98.35 peratus suku pertama tahun ini - MCMC
Liputan rangkaian internet di kawasan berpenduduk di Negeri Sembilan mencapai 98.35 peratus pada suku pertama tahun ini.
Peralihan monsun: Orang ramai dinasihat peka perubahan cuaca
Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia susulan peralihan monsun.