PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta warga kerjanya terus diperkasa melalui pelaksanaan beberapa inisiatif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan bantuan kebajikan yang cekap dan mesra rakyat.
Perdana Menteri berkata antara inisiatif itu termasuklah penstrukturan semula JKM yang meliputi usaha memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan bantuan, penyelarasan perjawatan serta menambah baik pengagihan tugas.
Selain itu, katanya, pemberian elaun khas kepada warga kerja JKM yang berkhidmat di kawasan berisiko seperti institusi warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Inisiatif lain termasuklah penggubalan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial bagi memastikan kebajikan para pekerja sosial terbela termasuk Pegawai Kebajikan Masyarakat supaya mereka diiktiraf mengikut kepakaran masing-masing, katanya.
Berucap di Majlis Apresiasi Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 JKM, di sini malam ini, Muhyiddin berkata JKM merupakan antara tonggak utama dalam mencorakkan hala tuju pembangunan sosial di negara.
"Warga JKM telah menzahirkan komitmen yang tinggi dalam menggalas tanggungjawab masing-masing demi menjaga kebajikan segenap lapisan masyarakat," katanya.
BACA: RUU Profesion Kerja Sosial pastikan kebajikan pekerja sosial terbela - Muhyiddin
Muhyiddin berkata sewaktu negara dilanda wabak COVID-19, JKM telah memainkan peranan yang penting terutamanya dalam menjayakan misi kemanusiaan dan kebajikan sosial dalam membantu usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak itu walaupun terpaksa menghadapi pelbagai kekangan.
Ia termasuklah pengedaran bakul makanan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain JKM turut terlibat secara langsung dalam pengurusan aspek kebajikan di pusat-pusat kuarantin COVID-19 di seluruh negara.
Sebagai inisiatif tambahan untuk membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut giat menjalankan Program Kembara Prihatin Negara sejak November tahun lepas.
Melalui program itu, katanya, pelbagai bentuk bantuan diberikan termasuk keperluan harian dan sokongan sosial sehinggalah ke peringkat akar umbi bagi meringankan beban rakyat.
Beliau berkata bantuan yang disalurkan menerusi Program Kembara Prihatin Negara adalah hasil sokongan padu dan sumbangan daripada sektor korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan penyertaan masyarakat setempat.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan anugerah Ikon Hero Jaket Kebangsaan kepada dua pegawai JKM iaitu Tuah Sajali dan Dayang Rugayah Awang Besar atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan khususnya semasa pandemik COVID-19.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan timbalannya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 11 2021
Muhyiddin ketika pelancaran Kembara Prihatin Negara Peringkat Kebangsaan sambil disaksikan Rina (dua, kiri) dan Ketua Pengarah JKM Fatimah Zuraidah Salleh (kanan) pada majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Jumlah mangsa banjir di enam negeri menurun setakat malam ini
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di dua jajahan terus catat penurunan setakat 8 malam ini kepada 24,416 orang yang ditempatkan di 57 PPS.
8,066 mangsa banjir di Kedah setakat 8 malam
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua 2,582 keluarga berkenaan melibatkan penduduk di lima daerah di negeri itu.
711 mangsa banjir Pasir Mas masih berada di empat PPS malam ini
Hanya empat pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi malam ini berbanding enam pagi tadi.
JKM Kelantan peruntuk RM4.5 juta sebulan tampung belanja 9,034 warga emas
Senarai penerima dikemas kini setiap tahun, selain lawatan dan pemantauan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Banjir: Kerajaan Pahang peruntuk RM11 juta bantu mangsa
Peruntukan tersebut akan digunakan untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka di PPS.
Tiga beradik tinggal bersama 13 anjing kini jalani kehidupan lebih teratur
Tiga beradik berusia 12, 10, dan sembilan tahun yang diselamatkan daripada tinggal bersama 13 ekor anjing, musang dan timbunan sampah pada Isnin lalu, kini menjalani kehidupan yang lebih teratur.
268 mangsa banjir di Lipis dipindahkan
Kejadian banjir berlaku susulan hujan lebat yang bermula sejak malam Ahad.
Wanita warga emas cekal jaga suami terlantar, tiga anak OKU
Meriam Ibrahim, 63, tidak mengeluh menumpukan sepenuh perhatian kepada suaminya Halim Talib, 69, yang tidak lagi boleh menguruskan diri.
Dakwaan bakul makanan hanya diedar di kawasan ahli Parlimen tertentu tidak benar
Pengagihan bakul makanan itu dibuat berdasarkan permohonan yang diterima, melalui 108 pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di seluruh negara.
COVID-19: Pasangan suami isteri terlibat kes penipuan sumbangan ditahan
Mohd Iqbal berkata pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi bagi mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.