awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan NGO pelengkap dasar kerajaan, angkat budaya filantropi

Bernama
Bernama
27/09/2025
03:40 MYT
Peranan NGO pelengkap dasar kerajaan, angkat budaya filantropi
Dr Zaliha merasmikan Majlis Pra Peluncuran Anugerah Perdana NGO Malaysia dan peluncuran Mega Briswalk Malaysia MADANI di Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting sebagai pelengkap kepada dasar kerajaan, termasuk inisiatif yang kemudiannya diangkat menjadi dasar rasmi negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, NGO juga memainkan peranan menyuburkan budaya filantropi dalam masyarakat sekali gus mengukuhkan nilai kemanusiaan.
"Begitulah pentingnya peranan NGO dalam negara ini. Mereka menjadi penghubung antara cita-cita nasional dan realiti sebenar rakyat di lapangan," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata, usaha menyuburkan budaya filantropi akan menanamkan nilai ihsan dalam masyarakat, selari dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan material dan rohani secara seiring.
"Saya yakin, apabila budaya filantropi terus disuburkan, Malaysia akan tampil sebagai negara yang bukan sahaja makmur dari segi ekonomi tetapi juga kaya dengan jiwa kemanusiaan.
"Pembangunan material dan pembangunan rohani bergerak seiring dalam membina sebuah negara bangsa yang beradab," katanya.
Dr Zaliha malam tadi merasmikan Majlis Pra Peluncuran Anugerah Perdana NGO Malaysia dan peluncuran Mega Briswalk Malaysia MADANI yang diadakan serentak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NGO
#pelengkap dasar kerajaan
#budaya filantropi
#Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan