awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peranan pegawai, kakitangan hal ehwal agama ratakan kefahaman Islam - PM

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/09/2023
03:46 MYT
Peranan pegawai, kakitangan hal ehwal agama ratakan kefahaman Islam - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri dialog bersama Pegawai Hal Ehwal Agama dan wakil agensi bersama dalam Siri Majlis Ilmu Madani di Putrajaya, pada Jumaat. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Peranan pegawai dan kakitangan hal ehwal agama dan agensi sangat instrumental dalam meratakan kefahaman Islam yang tepat serta mengangkat martabat umat.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan percaya melalui kompas tujuan yang jelas bersandarkan konsep Malaysia MADANI, perkhidmatan hal ehwal agama boleh memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam membina Malaysia yang lebih baik.
Beliau berkata demikian semasa menghadiri dialog bersama Pegawai Hal Ehwal Agama dan wakil agensi bersama dalam Siri Majlis Ilmu Madani di Putrajaya, pada Jumaat.
"Saya sempat kongsi dan mengajak hadirin mengimbau sejarah pengungkapan istilah masyarakat Madani seawal 1998, sehingga terluncurlah gagasan Malaysia Madani sebagai sebuah agenda negara tatkala diberi amanah sebagai Perdana Menteri.
"Kesempatan yang sama, saya tekankan kepentingan nilai dan akhlak yang merupakan kelompongan besar yang harus digarap dalam pembinaan negara, tamadun dan peradaban seperti mana yang ditekankan oleh Syeikh Taha Jabir al- Alwani dan Malik Bennabi.
"Hatta hal yang sama, yakni ledakan pancaran hati nurani yang suci (habit of the heart) turut ditekankan oleh pemikir Barat Alexis de Tocqueville sewaktu menyentuh keruntuhan moral dan nilai di Amerika Syarikat," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Siri Majlis Ilmu Madani itu diteruskan dengan tausiah daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Luqman Abdullah, diikuti dengan dialog Perdana Menteri bersama Pegawai Hal Ehwal Agama dan wakil agensi agama.
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#pegawai hal ehwal agama
#Kefahaman Islam
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan