awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/02/2023
09:48 MYT
Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis
Rohaimi berkata kesemua mereka yang dipanggil termasuk penganjur dan ahli jawatankuasa program. - Fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan 12 individu berhubung perarakan membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) baru-baru ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua mereka yang dipanggil termasuk penganjur dan ahli jawatankuasa program.
Jelasnya keterangan individu berkenaan dilakukan di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan IPD Marang pada Isnin.
Rohaimi berkata pihaknya akan memanggil sebahagian lagi individu termasuk peserta bagi memberikan keterangan.
Tambahnya, setakat ini tiga laporan polis telah diterima berhubung isu berkenaan.
Terdahulu tular gambar dan video di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki berarak membawa replika senjata ketika Himpit 2023 berlangsung di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu.
Gambar tersebut turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial, serta menimbulkan persoalan sama ada tindakan mempamerkan senjata secara terbuka sebagai suatu bentuk provokasi.
Topic Berkaitan
#perarakan replika senjata
#Himpit
#Polis Terengganu
#Setiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan