KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit, terutamanya terhadap pekebun kecil serta perusahaan kecil dan sederhana.
Menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dalam kenyataan hari ini, pihaknya turut berharap peraturan itu tidak akan mewujudkan sebarang halangan kepada perdagangan.
Sehubungan itu, katanya MPOC menggesa kepada perbincangan lanjut dengan EU berhubung cadangan peraturan mereka mengenai buruh paksa dan memastikan peraturan itu tidak mendiskriminasi industri minyak sawit.
"Perbincangan perlu dibuat berdasarkan kebergantungan kepada standard Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta undang-undang dan peraturan Malaysia untuk memastikan pematuhan kepada keperluan masa depan EU berkaitan buruh paksa.
"Kita juga perlu berusaha ke arah memastikan negara tidak akan dianggap sebagai kawasan berisiko tinggi dan minyak sawit tidak dikategorikan sebagai produk berisiko tinggi," katanya.
MPOC berkata demikian berhubung mesyuarat bersama Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa (INTA) Parlimen Eropah dan Jawatankuasa Pasaran Dalaman dan Perlindungan Pengguna (IMCO) pada 18 Julai 2023.
Mesyuarat itu diadakan untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cadangan Suruhanjaya Eropah untuk peraturan yang melarang produk yang dibuat oleh buruh paksa di pasaran EU.
Cadangan itu telah dikeluarkan pada 14 Sept 2022 dan bertujuan untuk menyumbang kepada pembasmian buruh paksa global, termasuk buruh kanak-kanak, dan meliputi semua produk yang boleh didapati di pasaran EU.
Perbincangan dalam mesyuarat bersama itu menyentuh beberapa isu yang berpotensi mewujudkan kontroversi. Misalnya, ahli Parlimen Eropah (MEP) membincangkan sama ada syarikat dari kawasan berisiko tinggi perlu membuktikan bahawa tiada buruh paksa, berbanding pihak berkuasa EU yang perlu berbuat demikian.
MEP turut membincangkan mengenai skop peraturan pada masa depan, terutamanya sama ada semua pengendali ekonomi, termasuk perusahaan kecil dan sederhana, perlu dilindungi dan sama ada perkhidmatan yang berkait rapat dengan produk, seperti penyimpanan atau pengangkutan, perlu dimasukkan.
MEP turut mempertimbangkan sama ada langkah-langkah untuk memperbaiki perlu menjadi syarat kepada larangan ke atas produk yang dibuat oleh buruh paksa ditarik balik oleh pihak berkuasa EU.
Mesyuarat bersama seterusnya dijadual akan diadakan pada 19 Sept 2023, apabila MEP akan mengundi draf laporan mengenai cadangan suruhanjaya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023
Menurut MPOC pihaknya turut berharap peraturan itu tidak akan mewujudkan sebarang halangan kepada perdagangan. - Gambar fail/mpoc.org.my/
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Keadaan PM Fico 'kritikal' - Parti Smer
Keadaan Perdana Menteri Slovakia Robert Fico 'kritikal' selepas cubaan membunuhnya, menurut parti pemerintah Smer pada Rabu, lapor Sputnik.
Polis minta bantuan orang ramai kesan pencuri pakaian dalam di Balik Pulau
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita di ampaian sebuah rumah di Titi Teras, di sini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.
4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
PM baharu dijangka pertingkat libat urus dengan rakyat Singapura dan Malaysia
Singapura bakal menyaksikan peralihan kuasa pertamanya dalam tempoh 20 tahun apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil keputusan untuk berundur.
Guna teknologi AI dalam industri pembinaan - Ahmad Maslan
Syarikat pembinaan disaran untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), bagi meningkatkan kecekapan, menjimatkan kos, serta mengurangkan tempoh masa projek pembinaan.
Tumpuan Khamis – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Malaysia mesti teroka pasaran lain minyak sawit yang berpotensi tinggi - MPOC
Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menggesa pemain-pemain industri minyak sawit beralih secara strategik ke arah meneroka pasaran lain yang berpotensi tinggi untuk eksport minyak sawit.
Peraturan buruh paksa baharu EU tidak seharusnya membebankan - MPOC
Malaysia perlu menggariskan bahawa peraturan baharu Kesatuan Eropah (EU) mengenai buruh paksa untuk tidak menjadi terlalu membebankan kepada pengusaha dalam rantaian bekalan minyak sawit.
Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian - Fadillah
Malaysia dan rakyatnya harus bekerjasama erat untuk mempertahankan khususnya minyak sawit dan produk komoditi pertanian negara secara amnya daripada peraturan-peraturan yang tidak adil.
MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.
Tiada komitmen dari EU mengenai kebimbangan terhadap peraturan penebangan hutan - MPOC
MPOC akan terus dapatkan penglibatan dalam EUDR, dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menentang diskriminasi terhadap minyak sawit.
Kerajaan pergiat usaha promosi produk berasaskan sawit di pasaran antarabangsa
Ia bagi meningkatkan pengiktirafan serta permintaan minyak sawit dan produk sawit keluaran Malaysia.
Lapor segera pelabelan negatif produk berasaskan minyak sawit - MPOC
Produk dengan label 'Tanpa Minyak Sawit' kini dijual oleh peruncit dan pasar raya di Malaysia meskipun negara berusaha keras untuk mempromosikan kebaikan minyak sawit.
Malaysia harus sebar luas inisiatif kelestarian minyak sawitnya - Pakar
Pakar antarabangsa berkata Malaysia mesti secara agresif menguar-uarkan inisiatif kelestarian minyak sawitnya.
Produk minyak sawit lestari keluaran Malaysia mula dijual di Dubai - MPOC
MPOC menandatangani MoU dengan konglomerat multinasional India yang mengoperasikan 224 kedai runcit di 22 negara.