awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan ketegangan AS-EU memuncak
Apa yang diketahui setakat ini mengenai nahas kereta api terburuk Sepanyol dalam lebih sedekad
Kim Jong Un pecat pegawai kanan, kecam ‘ketidakcekapan’ pengurus ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbahasan Titah Diraja dominasi minggu kedua sidang Dewan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
19/09/2021
02:15 MYT
Perbahasan Titah Diraja dominasi minggu kedua sidang Dewan Rakyat
Ahli-ahli Parlimen bakal meneruskan perbahasan tersebut pada Isnin dan Selasa berkait pelbagai isu yang dititahkan Yang Di-Pertuan Agong. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbahasan Titah Diraja bakal mendominasi minggu kedua Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang akan bermula esok.
Ahli-ahli Parlimen bakal meneruskan perbahasan tersebut pada Isnin dan Selasa ini berkait pelbagai isu yang dititahkan Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah pada 13 September lalu.
Barisan Jemaah Menteri pula dijadual untuk menjawab isu-isu yang dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen sepanjang empat hari perbahasan, pada Rabu dan Khamis ini.
Selain isu setempat, beberapa isu nasional bakal mendominasi minggu kedua ini termasuk usaha penggemblengan nasional menangani COVID-19, pemulihan ekonomi, dan pendidikan.
Sepanjang sidang kali ini juga, isu-isu nasional semasa tidak boleh dikesampingkan apabila Jemaah Menteri perlu menjawab perkara yang dibangkitkan Ahli-ahli Parlimen pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) dan Sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan.
Pada Isnin juga, sejumlah 11 risalat/dokumen laporan tahunan dan penyata kewangan bagi tahun 2019/2020 akan dibentang ke Dewan Rakyat melibatkan beberapa suruhanjaya, perbadanan dan pihak berkuasa antaranya Lembaga Pemantauan Audit, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia dan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB).
Selain itu, sidang Kamar Khas juga akan berlangsung pada Isnin melibatkan dua isu setempat iaitu status tindakan penyelesaian perumahan generasi kedua FELDA di kawasan Parlimen Pengerang serta pertimbangan mengkaji semula premium insurans perubatan.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#Perbahasan Titah Diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan