KUALA LUMPUR: Perbicaraan membela diri penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram bermula 22 Februari tahun depan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA).
Dalam kes ini pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Mohd ‘Afif Ali, Muhammad Asraf Mohamed Tahir, Noor Syafina Mohd Radzuan dan Mohd Shahrom Idris.
Pembelaan bagi pihak bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pula diwakili peguam Gobind Singh Deo, Datuk S Ambiga, Haijan Omar dan Lim Wei Jeit.
Azhar: Berapa saksi yang akan panggil kelak?
Gobind: Mungkin 15 saksi (termasuk Syed Saddiq).
Azhar: Cukupkah jika tarikh perbicaraan ditetapkan selama dua minggu?
Gobind: Mohon ditetapkan lebih lama Yang Arif.
Azhar: Menjelang pilihan raya umum (PRU) kelak, saya tahu semua orang akan sibuk, jadi boleh kita tetapkan (perbicaraan) pada tahun depan?
Setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak, mahkamah kemudiannya menetapkan 22 hingga 24 Februari, 13 dan 14 Mac serta 10 hingga 14 April 2023 untuk prosiding tersebut.
Dalam pada itu, Wan Shaharuddin berkata, sekiranya pihak pembelaan ingin menggunakan pernyataan saksi, beliau berharap ia diserahkan seminggu sebelum saksi memberi keterangan.
Pagi Jumaat, bekas Menteri Belia dan Sukan itu diperintahkan untuk membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan AMLA.
Azhar memutuskan perkara ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Syed Saddiq. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 28 2022

Penyandang kerusi Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika keluar dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat. -Astro AWANI/Shahir Omar

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

COVID19 | Tiada jangkitan varian Omicron CH.1.1 dikesan di China
Tiada jangkitan COVID-19 tempatan dikaitkan dengan varian Omicron CH.1.1 dan sub variannya ditemui di tanah besar China setakat ini, Pengesahan dibuat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Krisis Teluk | Angelina Jolie lawat kubur mangsa pembunuhan Daish
Bintang Hollywood Angelina bertemu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai militan Daish di Kampung Kocho, wilayah Sinjar, Iraq. Bekas Duta Khas untuk Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) itu ditemani pemenang hadiah Nobel, Nadia Murad.

Penagih perlu dirawat bukan dihukum - Syed Saddiq
Kebanyakan pesakit tersebut menggunakan dadah sebagai satu jalan untuk melupakan tekanan sama ada fizikal atau mental.

Polis rekod keterangan setiausaha akhbar Rafizi, pembantu Rara
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kes itu disiasat oleh IPD Muar, Johor.

Ketandusan bakat: Sistem pendidikan perlu dirombak - Syed Saddiq
Perbelanjaan negara kepada sektor pendidikan jauh lebih tinggi berbanding negara maju tapi kualiti hasilnya tidak setimpal.

Banjir: Tiada keperluan isytihar darurat iklim ketika ini - Saifuddin
Belum ada keperluan untuk kerajaan mengisytiharkan darurat iklim ketika ini susulan beberapa negeri terjejas teruk akibat banjir, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

'Saya percaya kepada bipartisan' - Syed Saddiq
Ia merujuk kepada kerjasama antara parti politik lain bagi memberi fokus berkhidmat demi rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15.

Ucapan tahniah atas pelantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan
Beberapa ahli politik menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diumumkan malam tadi.

PRU15: Masa berpolitik sudah tamat, fokus khidmat kepada rakyat - Syed Saddiq
Beliau menzahirkan penghargaan terhadap pengundi yang masih memberikan kepercayaan kepadanya untuk sekali lagi menerajui Muar.

PRU15: Syed Saddiq mesej doakan saya menang di Pagoh - Muhyiddin
Syed Saddiq ada menghantar mesej kepadanya melalui WhatsApp mendoakan kemenangannya di Pagoh.

PRU15: MUDA ikrar Sarawak, Sabah dapat lebih kuasa autonomi
Katanya, menyerahkan kuasa autonomi kepada Sarawak dan Sabah akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

PRU15: Muar perlu hab industri, wujudkan pekerjaan berkualiti - Syed Saddiq
Muar memerlukan pembangunan kawasan industri bagi mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti selain jaminan untuk anak tempatan kekal mencari pendapatan di kawasan itu.