awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbicaraan Guan Eng: Soalan 'pakai stoking' hangatkan Mahkamah Sesyen

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
13/07/2021
07:10 MYT
Perbicaraan Guan Eng: Soalan 'pakai stoking' hangatkan Mahkamah Sesyen
Gobind Singh mempersoalkan sama ada soalan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah relevan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peguam bela, Gobind Singh Deo yang mewakili Lim Guan Eng hari ini membantah soalan berkaitan "pemakaian stoking" pada perbicaraan pertuduhan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama Pulau Pinang.
Bantahan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan pertanyaan kepada saksi pertama pembelaan, Geethanjali Gausillia Kathirvalu pada prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.
Sebelum itu, Wan Shaharuddin menunjukkan beberapa keping gambar kepada mahkamah dan meminta Geethanjali membuat pengecaman terhadap individu-individu di dalam gambar tersebut sebelum saksi membacakan pernyataannya.
Wan Shaharuddin: Cuba Datuk (saksi pertama) lihat sama ada mereka memakai kasut atau stoking sahaja (ketika berada dalam rumah)?
Geethanjali: Memakai stoking, tuan.
Wan Shaharuddin: Bagaimana dengan YB Lim Guan Eng?
Geethanjali: Lim Guan Eng juga memakai stoking.
Wan Shaharuddin: Gambar seterusnya, ini di mana?
Geethanjali: Di rumah saya.
Wan Shaharuddin: Gambar siapa?
Geethanjali: Gambar Lim Guan Eng bersama ibu saya, Maharani dan saya.
Wan Shaharuddin: Adakah anda memakai kasut?
Geethanjali: Tidak, tuan.
Susulan pertanyaan tersebut, berlaku ketegangan apabila Gobind Singh mempersoalkan sama ada soalan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah relevan.
Wan Shaharuddin kemudian meminta Gobind Singh menjelaskan bantahan dibuat mengikut seksyen berapa.
Gobind Singh sekali lagi membidas dengan menyatakan sebagai Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin seharusnya tahu asas undang-undang.
"Kalau nak betul-betul saya 'sekolahkan', saya akan 'sekolahkan'. DPP tidak tahu asas undang-undang," katanya.
BACA: Perbicaraan kes rasuah: Guan Eng ada datang rumah sekitar 2 pagi - Saksi pertama pendakwaan
Melihat ketegangan itu, Hakim Azura Alwi mencelah dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan meneruskan soal balas.
Geethanjali meneruskan keterangan dengan membacakan pernyataan saksinya, sebelum memberitahu mahkamah bahawa bekas Menteri Kewangan itu pernah hadir ke rumahnya.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Gobind Singh Deo
#Kes rasuah Lim Guan Eng
#Wan Shaharuddin Wan Ladin
#Pendakwa raya kes Guan Eng
#Hari pertama perbicaraan kes Guan Eng
#Geethanjali Gausillia Kathirvalu
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan