KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terpaksa ditangguhkan hari ini selepas bekas Perdana Menteri itu disahkan mengalami cirit-birit.


Intipati Artikel
  • Perbicaraan melibatkan kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB ditangguhkan hari ini selepas bekas Perdana Menteri itu disahkan mengalami cirit-birit.
  • Ia dimaklumkan Pegawai Perubatan Klinik Penjara Kajang

Pegawai Perubatan Klinik Penjara Kajang Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa beliau telah memeriksa Najib yang mengadu sakit perut dan telah ke tandas sebanyak tiga kali pagi tadi.

Doktor itu telah diminta memberi penjelasan mengenai keadaan kesihatan Najib oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang dimaklumkan oleh pihak berkuasa penjara berkaitan perkara itu ketika mahkamah berhenti rehat.


"Najib kelihatan agak lemah, keletihan dan dehidrat. Saya telah memberikan beliau preskripsi ubat buscopan, lomotil dan garam rehidrasi oral," katanya sambil menambah tekanan darah Najib juga agak rendah.

Sequerah kemudian menyoal sama ada Najib mampu menjalani prosiding perbicaraan hari ini dan Dr Mohd Hafiz berkata ubat-ubatan yang diberikan mungkin menyebabkan rasa mengantuk dan Najib perlu berehat sekurang-kurangnya dua hari.

Bagaimanapun, hakim itu berkata beliau akan menangguhkan prosiding hari ini namun perbicaraan perlu diteruskan esok dan meminta Dr Mohd Hafiz mengeluarkan sijil cuti sakit kepada Najib untuk hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee menafikan dakwaan itu dan menyoal saksi ke-50 pendakwaan tersebut sama ada BOD tidak menggunakan akal fikiran mereka sehingga terpaksa mengikut Najib secara membuta tuli dalam apa jua keputusan yang diambil beliau.

Bagi menjawab soalan itu, Loo berkata "Artikel 117 memerlukan kelulusan PM (Perdana Menteri) bagi transaksi besar."

Muhammad Shafee: Anak guam saya, yang juga Menteri Kewangan ketika itu, telah melakukannya mengikut lunas undang-undang, beliau telah mengambil maklum kenyataan pengarah dan memberikan kelulusan sebagaimana yang tercatat dalam Artikel 117 sebagai pemegang saham, jadi di mana ketakkonsistenannya?

Loo: Meskipun tidak dinyatakan, secara keseluruhan ia adalah sama. 1MDB melayan beliau sebagai pemegang saham dan dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri.

Ia turut menyatakan bahawa sebarang keputusan mengenai pelaburan, kewangan dan penstrukturan membabitkan kepentingan syarikat yang berkait rapat dengan sebarang kepentingan negara, keselamatan serta dasar kerajaan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada PM.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan (sebagai Perdana Menteri) untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

-- BERNAMA