KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM7.1 juta dan pengelakan cukai membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, ditangguhkan ke Ogos depan.
Keputusan itu dibuat Hakim K Muniandy selepas membenarkan permohonan daripada peguam Datuk Geethan Ram Vincent yang mewakili Rosmah.
Geethan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya telah membuat permohonan bagi menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut Geethan, pihaknya menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Rabu minggu lalu.
“Dalam dokumen berkenaan, kami telah membangkitkan beberapa fakta daripada perbicaraan kes projek hibrid solar yang turut dihadapi Rosmah,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan, representasi telah diterima pada tarikh yang dinyatakan pihak pembelaan.
“Kami memohon sekurang-kurangnya dua bulan untuk membuat persediaan kerana mereka telah menaikkan perkara baharu iaitu isu perundangan yang serius.
“Oleh itu, pihak pendakwaan belum bersedia untuk memulakan prosiding hari ini,” katanya.
Sehubungan itu, Muniandy menangguhkan prosiding yang ditetapkan sebelum ini iaitu 28 dan 30 Jun, 6, 7, 28 dan 31 Julai serta 1, 2, 11 Ogos.
“Pada tarikh itu, semua pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah mengenai status representasi, sama ada diterima atau ditolak.
“Sekiranya ditolak, mahkamah akan meneruskan perbicaraan sebagai mana yang dijadualkan," katanya yang kemudiannya menetapkan prosiding bersambung 24 Ogos depan.
Rosmah didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytihar pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Pendengaran rayuan itu akan didengar bermula 11 hingga 14 Julai ini.
Astro Awani
Fri May 12 2023
Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk perbicaraan bagi pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN yang dihadapinya. -- fotoBERNAMA
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.
Kes saman syarikat barangan kemas, permohonan Rosmah didengar 29 Mei
Permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas Lebanon, terhadapnya akan didengar pada 29 Mei.
Perkembangan status representasi Rosmah 1 Mac ini
Ia berkaitan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal isytihar pendapatan kepada LHDN.
Rayuan Rosmah cabar pelantikan mendiang Sri Ram Mac depan
Sebutan kes Rosmah di Mahkamah Rayuan yang dijadualkan pada Isnin dijadualkan semula pada 8 Februari depan.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Rosmah kemuka representasi baharu gugur 17 pertuduhan
Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan.
Hilang barang kemas, syarikat Lubnan gagal peroleh penghakiman terus terhadap Rosmah
Mahkamah Tinggi menolak permohonan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.
Rosmah dakwa pertuduhan pengubahan wang haram bertindih, tidak dapat perbicaraan adil
Rosmah berkata pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan yang sama.
Akta Cukai Pendapatan 1967 tidak halang pendakwaan terhadap Rosmah - Pendakwaan
Tiada peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 menghalang pendakwaan terhadap Rosmah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.