Seorang pengarah syarikat Chia Bee Enterprise Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin yang beliau tidak mengetahui sumber wang berjumlah RM10 juta yang telah dibayar kepada Yayasan Akalbudi miliki bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 2016.
Wong Hee Sing, 65 berkata, beliau juga tidak mengetahui mengapa syarikat itu membuat pembayaran kepada Yayasan Akalbudi menerusi Messrs Lewis & Co.
“Saya sahkan yang saya tidak pernah tahu mengenai Yayasan Akalbudi, Yayasan Al-Falah dan Lewis & Co sebelum ini. Saya secara sendiri tidak pernah bertemu Datuk Seri Ahmad Zahid sebelum ini, saya cuma kenal beliau sebagai timbalan perdana menteri,” katanya.
Saksi pendakwaan ke-88 itu berkata demikian ketika membacakan kenyataan saksinya pada perbicaraan Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.
Wong berkata, beliau bersetuju menjadi pengarah Chia Bee Enterprise selepas mendiang Datuk Seri Lau Hui Kang, mati sekitar 2006.
“Saya telah dilantik sebagai pengarah Chia Bee Enterprise dari 5 Jun, 2008, seperti diminta oleh Wong Sang Woo (Paul Wong), seorang rakyat Singapura… Paul Wong merupakan rakan baik Lau, yang ketika itu merupakan pengarah KTS Sdn Bhd.
“Saya dibayar upah pengarah oleh Chia Bee Enterprise secara tahunan, saya tidak mempunyai peranan langsung dalam syarikat itu… malah saya bukan seorang yang menandatangani akaun syarikat dari tarikh lantikan sehingga sekarang.
“Saya sahkan yang Chia Bee Enterprise juga tidak mempunyai pejabat atau setiausaha, kerana ia sebuah syarikat pendam dengan tiada aktiviti perniagaan,” katanya.
BACA: Perbicaraan kes Zahid Hamidi: Saksi 'terkejut' Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah
Ketika soal balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, saksi itu berkata, beliau tidak tahu yang RM10 juta adalah wang untuk sebuah yayasan amal yang diuruskan oleh presiden UMNO itu.
Hamidi: Adakah biasa bagi ahli politik untuk mempunyai yayasan amal?
Wong : Saya tidak tahu.
Saksi juga menjawab secara negatif apabila Hamidi memberitahu beliau yang rakannya (Paul Wong) menyumbangkan wang RM10 juta kepada Yayasan Akalbudi untuk membina masjid, sekolah agama dan membeli dua plot tanah.
Hamidi turut mencadangkan yang pembayaran kepada Lewis & Co adalah berada di atas harganya dan ia telah diambil kira, yang mana saksi itu bersetuju dengannya.
Hamidi: jika wang ini selain daripada untuk tujuan amal atau wang haram, atau duit haram atau pengubahan wang haram, ia tidak akan diuruskan sedemikian cara? Jika ia wang haram, anda tidak akan bagi dalam bentuk cek, anda akan berikan wang tunai, diletakkan dalam bag dan kereta?
Wong: Betul.
Ahmad Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
39, 276 warga asing di Sabah direkodkan ke dalam SWIMS
Warga asing ini didatakan secara digital dengan melibatkan pengambilan maklumat peribadi, pengecaman wajah dan biometrik.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enakmen Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 dilulus
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika membentangkan RUU Penukaran Tenaga Haba Lautan 2024 berkata, RUU berkenaan akan memberi laluan bagi pembangunan OTEC sebagai sumber tenaga boleh baharu yang baharu dan sebagai salah satu inisiatif utama di bawah Ekonomi Biru.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Saya akan saman sekiranya ada yang fitnah! - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyaman pihak yang memfitnah beliau sebagai pendatang asing.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kebajikan anak mendiang Felicia akan dijaga - Richard Riot
Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jem menyifatkan mendiang Felicia sebagai wirawati negara dan beri jaminan akan memastikan kebajikan anak mendiang akan diberi keutamaan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.