KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 846 penerima anugerah kebesaran negeri Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-86 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.
Ismail Sabri dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (DP) yang membawa gelaran "Datuk Patinggi".
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim pula dianugerahkan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran "Datuk Amar".
Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Sementara itu, lima penerima dianugerahkan Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran "Datuk Seri" iaitu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Tiga lagi penerima PNBS ialah Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg, bekas Ahli Parlimen Igan Datuk Abdul Wahab Dollah dan bekas Pengerusi Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) Datuk Wong Kie Yik.
Tujuh penerima dianugerahkan Darjah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran "Datuk" iaitu Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.
Turut menerima PGBK ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala; Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Dr Penguang Manggil; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Petronas Datuk Tengku Muhammad Taufik.
Sementara itu, seramai 10 individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran "Datu" dan 19 individu dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran "Datuk".
Selain itu, pingat Johan Bintang Sarawak dianugerahkan kepada empat penerima, Johan Perkhidmatan Cemerlang (lima), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (22), Pegawai Bintang Sarawak (28), Pegawai Bintang Kenyalang (67) dan Pingat Perkhidmatan Bakti (122).
Pingat Ahli Bintang Sarawak pula dianugerahkan kepada 126 penerima, Ahli Bintang Kenyalang (95), Pingat Perkhidmatan Terpuji (184) dan 149 menerima Bentara Bintang Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Abdul Taib menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-86 Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Masjid At-Taqwa di Miri, malam tadi. --fotoBERNAMA
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.