Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal aman dan harmoni bagi membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hanya dengan kesederhanaan, rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat terus bersatu padu dan bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing tanpa sebarang halangan dan persengketaan.
"Di negara ini, kita tidak mengamalkan ekstremisme keterlaluan sebab kita amalkan kesederhanaan. Islam sendiri mengamalkan konsep wasatiyyah iaitu seimbang dan sederhana dalam segala perbuatan dan amalan.
"Dalam agama Buddha turut mempunyai konsep yang sama walaupun akidahnya berbeza...masalah yang berlaku kini (keganasan), bukanlah kepada agamanya tetapi kehadiran ekstremis dalam agama," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2017 di Dataran Bentong di sini malam tadi. Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan isteri Datin Seri Junaini Kassim, Presiden MCA merangkap Anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri Datin Seri Lee Soon Loo.
Selain itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong, turut hadir pada majlis berkenaan.
Lebih 20,000 tetamu terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat hadir memeriahkan sambutan rumah terbuka berkenaan yang diserikan dengan pelbagai acara kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
Perdana Menteri berkata disebabkan ekstremisme, wujudnya kumpulan pengganas Daesh dan golongan pelampau agama yang mengorbankan banyak nyawa insan yang tidak berdosa.
Pada masa sama, Najib berkata keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada masa kini adalah hasil usaha pemimpin negara yang terdahulu diketuai Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, yang telah meletakkan asas perpaduan yang kukuh.
"Semua dasar perlembagaan negara menekankan kita perlu saling hormat menghormati perbezaan kepelbagaian dari segi budaya, bahasa dan agama.
"Kita hormat agama masing-masing, contoh saya tiba tadi di sini, Datuk Seri Adnan minta saya tunggu dulu sebab di masjid orang tengah solat Isyak, namun orang Cina tidak merungut, mereka tunggu dan hormat...inilah indahnya Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
Najib berkata keamanan dan keharmonian yang dikecapi pada masa kini adalah hasil usaha pemimpin negara yang terdahulu. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kesederhanaan tidak terhad pada agama Islam - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kesederhanaan bukan sahaja melibatkan agama Islam, malah harus juga diamalkan agama lain dalam usaha mencapai matlamat.
PRU15: MCA kekal bersama BN, pastikan kemenangan - Wee Ka Siong
Meraikan kepelbagaian budaya, kesederhanaan dan sifat inklusif yang diterap dan dipraktikkan oleh BN adalah selari dengan perjuangan MCA.
Sambut Syawal penuh kesederhanaan - Mufti
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata konsep menyambut Syawal sepatutnya bergantung kepada kemampuan diri masing-masing, dan secara sederhana.
Ketua Liga Muslim Sedunia sokong GMM
Datuk Seri Mohammed Al-Issa berkata inisiatif Najib dalam merintis GMM sejajar dengan usaha WML untuk menentang ideologi pelampau dengan menyebar pemikiran kesederhanaan dalam Islam.
Perdana Menteri seru rakyat kekalkan konsep kesederhanaan
Rakyat diseru agar terus mengamalkan konsep kesederhanaan untuk memastikan negara kekal aman dan harmoni bagi membolehkan kerajaan merancang pelbagai program untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Konsep kesederhanaan Malaysia dihargai di pentas dunia - Ali Hamsa
Konsep kesederhanaan yang dibawa oleh Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dihargai di pentas antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri
Hindari salah tafsir konsep jihad, hayati prinsip wasatiyyah - PM
Perdana Menteri berkata dengan berpegang kepada hukum-hakam Islam yang betul dan syumul, mereka tidak akan menyimpang daripada landasan yang benar.
Amalkan pemahaman kesederhanaan demi keharmonian negara - Salleh
Kesederhanaan dapat menggarap keharmonian yang menjadi keutamaan rakyat dalam sosiobudaya negara berlatarkan perbezaan dalam pelbagai aspek.
'Wasatiyyah tidak sama dengan liberalisme'
Wasatiyyah adalah usaha untuk mengimbangi semua kepentingan untuk mencari jalan yang boleh disifatkan sebagai muafakat antara semua.
Malaysia seru dunia guna kesederhanaan untuk henti keganasan
Katanya di seluruh dunia, umat Islam hanya mampu melihat dengan perasaan hampa konflik yang meruntuhkan beberapa komuniti tertua mereka.