awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pergaduhan selepas kemalangan tular, polis tahan pemandu di Ipoh

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/11/2022
11:47 MYT
Pergaduhan selepas kemalangan tular, polis tahan pemandu di Ipoh
Punca kemalangan dipercayai disebabkan pemandu kereta Honda City telah memandu di laluan yang bertentangan trafik. - Gambar/ Media sosial
IPOH: Polis menahan pemandu sebuah kereta jenis Honda City yang terlibat dalam pergaduhan selepas berlaku kemalangan di daerah ini, seperti tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 47 tahun itu ditahan di satu lokasi di Jalan Lahat, di sini, kira-kira 12.10 tengah hari, tadi.
Menurutnya, semalam pihaknya mengesan satu video tular di media sosial memaparkan dua lelaki bergaduh di jalan raya.
“Pihak polis telah menerima satu laporan daripada mangsa yang terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut dan satu laporan daripada pemandu yang terlibat dalam kemalangan dengan kereta suspek,” katanya dalan kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 6.07 petang, semalam di Jalan Raja Musa Aziz di mana sebuah kereta jenis Honda City telah melanggar kereta jenis Toyota Camry yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 52 tahun.
Bagaimanapun, katanya, pemandu kereta Toyota Camry tidak mengalami sebarang kecederaan.
Yahaya berkata, punca kejadian dipercayai disebabkan pemandu kereta Honda City telah memandu di laluan yang bertentangan trafik.
Menurutnya, pada masa sama, terdapat orang awam yang menyaksikan kemalangan itu, tampil untuk memberi bantuan kepada mangsa.
Namun, katanya, pemandu kereta Honda City tidak berpuas hati terhadap teguran orang awam kerana dikatakan menyebabkan kemalangan dan telah menyerang salah seorang daripada mereka.
“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk permohonan tahanan reman,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan berhemah semasa memandu di jalan raya serta mematuhi peraturan lalu lintas.
Topic Berkaitan
#pergaduhan tular
#kemalangan jalan raya
#Ipoh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan